Kek Cawan Pandan Lailer

Norshah Rizal Muhammad
Norshah Rizal Muhammad @cook_20267948

Teruja untuk melibatkan diri buat pertama kalinya dalam kontes anjuran cookpad Malaysia. Kek cawan pandan Lailer semudah A B C yang gebu dan selembut kapas. Selamat mencuba kawan-kawan.
#superminteringin

Kek Cawan Pandan Lailer

24 orang bercadang membuatnya

Teruja untuk melibatkan diri buat pertama kalinya dalam kontes anjuran cookpad Malaysia. Kek cawan pandan Lailer semudah A B C yang gebu dan selembut kapas. Selamat mencuba kawan-kawan.
#superminteringin

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 125 gmbutter yang dicarikan dan disejukkan
  2. 125 gmgula
  3. 125 gmtepung gandum
  4. 4biji telur gred A
  5. 1/2 camcabesar ovallate
  6. 2 camcabesar susu pekat manis
  7. 1 camcakecil esen vanilla
  8. 2 camcabesar pati pandan (5 helai daun pandan yang di kisar dan ditapis utk di ambil patinya sahaja)
  9. 1/2 camcakecil double action baking powder atau 1 camca kecil baking powder
  10. 5-7titis pewarna hijau

Cara Memasak

  1. 1

    Dalam mixing bowl, masukkan tepung, gula kastor, ovallate, telur dan susu pekat manis, kacau rata dengan whisk hingga semua sebati.

  2. 2

    Kemudian putar pada kelajuan tinggi hingga kembang dan gebu (kurang lebih 7 - 8 minit).

  3. 3

    Tuang mentega cair, esen vanila, pati pandan dan 5-7 titis pewarna hijau. Gaul rata dengan spatula.

  4. 4

    Tuang adunan ke dalam bekas kek cawan dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan 15 minit terlebih dahulu, suhu 180 selama 30 minit atau sehingga masak. Adunan ini dapat menghasilkan 20 biji kek cawan. Selamat mencuba.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Norshah Rizal Muhammad
Norshah Rizal Muhammad @cook_20267948
pada

Komen

Resipi Sepertinya