Gluten Free Pretzel

Dah banyak betul resepi versi pretzel bebas gluten ibu save kat handphone ibu ni.
Tapi entahlah seru nak buat tu, payah betul nak dapat.
Pagi ni anak ibu (Adam) beritahu nak makan 'faizal'.
Fuh terpinga-pinga ibu.
"Faisal mana ni Adam?"
"Faisal macam maklong belanja saya tapi saya jak healthy-healthy. Alaaa. Macam love ada dekat tengah."
Maka puas ibu search Google images. Ini bukan. Itu bukan. Sekali sampai gambar pretzal, laju beliau kata
"Yaaa yaaa ni ibu ni..."
PRETZEL RUPANYA.
Menyeru kerajinan ibu lah ni. Lama sangat M mengusai diri ibu kan. Hahaha.
Maka itu yang terjadi menu pretzel dan siap masak segala. Baru ibu buka group cookpad. Laaaa memang cabaran roti.
Dua kali seruan kerajinan ni.
Jadi mak-mak semua jangan M macam ibu ya.
Cara Memasak
- 1
Cara adunan pretzel memang sangatlahhhh simple..! Sebab ia tiada pantang larang yang khusus. Semua bahan kering, hanya gabungkan (semua tepung, soda bikarbonat, garam, natural dried yeast, gula dan bahan-bahan kering.)
- 2
Baru tambah bahan cecair iaitu telur dan air. Kesemuanya hanya gaul rata. Basahkan tangan dengan minyak masak, dan uli hingga jadi doh.
- 3
Setelah doh dibentuk, rehatkan untuk 30 minit. Tutup dengan alas kain supaya doh tidak kering terdedah ke udara.
- 4
Bahagikan doh dalam bulatan kecil. Adunan sukatan di atas akan dapat 12 hingga 14 bebola.
- 5
Membentuk. Inilah tekniknya. Tekan jejari di bahagian tengah. Kibaskan seperti kita menggoncangkan loceng. Sambil itu gentel rata perlahan-lahan hingga ia membentuk jejari memanjang. Rujuk gambar ibu ya.
- 6
Jejari panjang tadi bentukkan huruf U. Kemudian tarik ke tengah seperti bentukkan 'love shape' ❤️. Rujuk gambar ibu.
- 7
Bakar suhu 200° untuk 20 minit. Sapukan mentega di permukaan untuk kesan rangup diluar. Hiaskan dengan serbuk koko dan gula kisar halus.
- 8
Nak lagi sedap, salut coklat! Nyums. Ni lah 'Faisal'. Eh.. Pretzel. ❤️
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Ditulis oleh
Resipi Sepertinya
-
Tortilla Tepung Tanpa Gluten - Gluten-Free Flour Tortillas Tortilla Tepung Tanpa Gluten - Gluten-Free Flour Tortillas
Tortilla ada 2 jenis. Satu menggunakan tepung maize, tepung dari jagung, satu satu lagi dibuat daripada tepung gandum.Memandangkan tepung 'masa harina' susah nak dapat, jadi kita guna opsyen tortilla tepung, dan ubah kepada versi tanpa gluten.Seronok, kan?Kalau nak buat versi tepung gandum pun boleh. Tukar je tepung gandum.#cppassport Nihadriz Niha -
Gluten-free Chocolate Chunks Cookies (CCC) Gluten-free Chocolate Chunks Cookies (CCC)
COOKPAD MAGIC CART WEEK 1 (Pilih at least 2 bahan):1. telur ✅2. santan3. ayam4. sardin tin5. tepung gandum6. tepung jagung ✅7. mentega ✅8. beras9. udang10. marjerinBahan-bahan tick tu, kita buat BISKUT RAYA! Ini adalah antara biskut kegemaran anak-anak saya. Makan tak berhenti.PALING MUDAH SEBAB TAK PERLU MIXER!Memandangkan tahun ini saya beraya di KL dulu, kita buat stock lah untuk perjalanan balik kampung.Ho ho ho balik kampunggg!#CookpadApron2025 #CA2025 #week1 Nihadriz Niha -
Pau inti ayam cendawan poket doraemon #phopbylinimohd #batch18 Pau inti ayam cendawan poket doraemon #phopbylinimohd #batch18
#misihalfestminshaPetang kelmarin, anak ibu cerita tentang dorayaki.Katanya di Jepun, dorayaki adalah kuih meraikan kegembiraan anak-anak yang rajin bantu ibu ayah.Ibu tanya beliau"Kalau kat Malaysia, kita nak buat kuih apa Adam? Kanak-kanak dekat Perak ni baik sangat-sangat kan!"Sambil tu ibu ambik peluang cubit pipi anak ibu sekali. Hahaha.Tersipu-sipu anakanda ibu.Dan beliau menjawab dengan senyuman lebar."Kat Malaysia kita buat kuihhhh... Pau. Haaa pau ni macam poket doraemon tau ibuu..!"Happy sungguh beliau ye.Ok jom buat poket doraemon!#glutenfree#gengmakmasaksihat IntanNS -
Gluten-free Honey Banana Carrot Cake Gluten-free Honey Banana Carrot Cake
Kek lembap hasil olahan daripada resipi Kak Wan Citarasawan. Rasanya tak terlalu manis, sedang elok alhamdulillah. Si kecik ni duk hulur tangan dari tadi bila tengok ibu potong kek.Disebabkan resipi asal pakai gula, penting untuk timbang semua bahan cecair supaya kek tak bantat. Ni pun nyaris bantat sebab keluarkan awal.Keju (3)Lobak merah (1)Madu (2)Pisang (1)7 points#GlobalApron2024 #challenge20 #honeyiloveyou Nihadriz Niha -
Gluten-free Mixed Berries Oatmeal Muffins (Sukatan Cawan) Gluten-free Mixed Berries Oatmeal Muffins (Sukatan Cawan)
Panjang nama nak bagi ni hahahahahahaha.Lama betul nak buat berries muffins ni. Beli berries dah 2 minggu dalam freezer, tapi busy yang amat. Jadi tertangguh hasrat di hati.Maka kita tunaikan hasrat supaya tak kempunan 😆Oat (2 point)SantanTelurTepung berasTepung jagungTepung ubi2 points#GlobalApron2024 #challenge16 #sukatancawan Nihadriz Niha -
Choc moist cupcake (gluten free, egg free, diary free) Choc moist cupcake (gluten free, egg free, diary free)
Buat petang tadi untuk anak2.. saja nak Cuba sebab selalu buat cupcake memang xberapa nak jadi.. Al maklumlah saya mak budak baru belajar membaking hehehe.. resepi ni sudah lama saya simpan dalam buku memasak saya hehhe.. xpernah Cuba.. Hari ni Cuba alhamdulillah menjadi.. ingat xjadi..Sesuailah untuk mereka yg Ada alahan..Memang moist.. Rasa macam Makan kek Yang guna tepung gandum.. Zarafafiis ❣️🌹 -
Aiskrim Homemade Aiskrim Homemade
Anak-anak mana tak pernah teringin aiskrim kedai?Tapi anak ibu yang baik n, selalu beritahu ibu"Memanglah Adam teringinnya makan aiskrim tu. Tapi warna dia tak real kan ibu? Guna pewarna tiruan kan ibu?"Ye betul sayang. Tapi ibu dapat lihat Adam teringin nak makan. Ibu pernah jadi kanak-kanak."Ok ibu janji, ibu buatkan untuk Adam. Adam nak aiskrim perisa apa?"Ibu tanya beliau kembali."Aiskrim epal! Epal sihat. One apple a day, keeps the doctor away!"Kami tertawa bersama. Saat indah yang masih terpahat di memori ibu. Sama-sama buat aiskrim epal ini. ❤️#nutrifest#goldenapron#minggu20#gengmakmasaksihat IntanNS -
Sup Epal Dan Ayam Sup Epal Dan Ayam
"Kawan-kawan ejek makanan saya.."Ujar anak ibu, wajah yang sugul itu, memandang mata ibu.Ibu dilanda rasa bersalah. Iyalah. Selama ini kami memang selalu dipandang jelek juga. Ramai fikir kami cerewet.Kekwat, poyo.Tapi ibu tahu mana-mana perjuangan pun, bukan perjuangan yang mudah kan?Dengan penuh fokus, ibu beritahu Adam,"Ok begini. Makanan adalah rezeki. Rezeki yang baik adalah rezeki yang halal. Makanan yang baik ialah yang halal dan toyyib. Adam tahu apa itu toyyib?"Beliau gelengkan kepala."Toyyib ialah makanan yang bukan sahaja halal, malah ia baik untuk kesihatan. Kalau kita ambil makanan sekadar ada halal tapi beri kesan tak baik untuk kesihatan, ia tak toyyib.."Lalu dengan laju beliau juga berkata"Yeyyy saya makan masakan ibu yang toyyib kan ibu. Yang baik-baik saja untuk sihat.."Ibu tersenyum.Begitulah sayang. Memang kita sedang amalkan pemakanan yang baik, namun kalau kawan-kawan kita belum faham dan ejek kita, kita sabar dan teruskan perjalanan kita kerana Tuhan tahu.Begitulah hari ini kami.Menu sup ayam diletak epal ni idea Adam."Epal toyyib kan ibu. Ada banyakkkk khasiat!".Dan tahu tak...sedap tauuuu sup ayam epal!Cuba ya.#nutrifest#saturesepisatupohon#gengmakmasaksihat IntanNS -
Bebola / Sosej Ayam Tanpa Gluten Bebola / Sosej Ayam Tanpa Gluten
Bila sesekali teringin, nak beli harga mahal. Anak ramai, maka kita pun buatlah sendiri. Kalau nak campurkan sayuran pun boleh sangat. Lebih sedap sekiranya dimasukkan bawang dan sayuran kisar. Cara terbaik untuk pastikan anak-anak makan sayur tanpa paksaan (parenting skill = level 10 haha).Buat kecil comel begini, anak-anak pun makan tak membazir dan tak berebut. Sesuai dijadikan 'finger food', bekal anak ke sekolah.#goldenapron #week13 #1post1hopev2 #glutenfree #bebasgluten Nihadriz Niha -
Dumpling Ikan 'dolphin' #phopbylinimohd #batch18 Dumpling Ikan 'dolphin' #phopbylinimohd #batch18
#misihalfestminsha2 minggu lepas, ibu dan adam buat kuih poket. Panggilan Adam untuk dimsum. Sebab kulit tu, kita lipat dan isi ayamnya dimasukkan in between.Macam masuk barang dalam poket.Harini ibu sibuk memasak nak siapkan task phop, food photography. Saja nak buat dumpling pula. Isi ikan.Datang si comel anakanda."Wahhhh ibu nak buat kuih poket lagi ke?"Ibu ketawa. Geram tau comel ni. Lalu ibu jawablah"Bukanlah. Kalini tak buat poket. Kita buat bekas, masuk isi ikan. Lepastu tutup semua. Bentuk macam bunjut ibu masak sup tu.."Ternganga beliau mendengar ibu jelaskan. Dengan riang beliau pun berkata"OH SAYA TAHU. NI KUIH IKAN DOLPHIN NI..!"Yelah sayang. Kuih ikan dolphin. Nanti ibu memang nak lumba-lumba dengan masa siapkan task pun. 😂😂Acik nak buat kuih dolphin 🐬? IntanNS -
Gluten-free Dairy-free Matcha Crepes Gluten-free Dairy-free Matcha Crepes
Matcha sana sini.Saya memang peminat matcha. Semua yang berasaskan matcha memang wajib cuba hehehehe.Crepe ni juga boleh dibuat mille crepe.Jom cuba!-----Tribute untuk Mak, Azizah Abdullah yang sentiasa menyokong anaknya dalam segala bidang.23 April 1957 - 23 January 2024 Nihadriz Niha -
Pau Coklat Pau Coklat
Pau guna tepung gandum unbleach saja Alhamdulillah cukup gebu. Disebabkan ibu malas isi inti dalam kuih pau ni jadi ibu buat ja lubang di tengah. Ok juga cara ni sebab boleh elakkan inti terkeluar masa kukus. Yang penting inti di tengah yang kita masukkan tidak terlalu cair (sedikit kental). Rosmanita Fsi
Komen