Bebola / Sosej Ayam Tanpa Gluten

Nihadriz Niha
Nihadriz Niha @Nihadriz
Bandar Baru Salak Tinggi

Bila sesekali teringin, nak beli harga mahal. Anak ramai, maka kita pun buatlah sendiri. Kalau nak campurkan sayuran pun boleh sangat. Lebih sedap sekiranya dimasukkan bawang dan sayuran kisar. Cara terbaik untuk pastikan anak-anak makan sayur tanpa paksaan (parenting skill = level 10 haha).

Buat kecil comel begini, anak-anak pun makan tak membazir dan tak berebut. Sesuai dijadikan 'finger food', bekal anak ke sekolah.

#goldenapron #week13 #1post1hopev2 #glutenfree #bebasgluten

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30 minit
20-30 biji bebola
  1. 500 gisi ayam tanpa antibiotik, dikisar tanpa air
  2. 1/4 cawantepung ubi kayu
  3. 1biji telur ayam tanpa antibiotik, gred B
  4. 1sudu kecil garam Himalaya
  5. 3sudu besar nutritional yeast
  6. 1/2sudu kecil serbuk lada hitam ditumbuk kasar

Cara Memasak

30 minit
  1. 1

    Gaul kesemua bahan sehingga sebati. Nutritional yeast adalah untuk memberikan rasa 'umami' tanpa menggunakan MSG.

  2. 2

    Panaskan air dalam periuk sehingga mendidih. Basahkan tangan dan bentukkan bebola kecil, terus masukkan ke dalam air mendidih tadi. Untuk sosej, masukkan adunan ke dalam 'piping bag'. Gunting hujung dan terus picit ke dalam periuk.

  3. 3

    Tunggu sehingga bebola/sosej timbul. Toskan.

  4. 4

    Boleh terus dimakan atau dibekukan. Sesuai untuk digoreng juga.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Nihadriz Niha
Nihadriz Niha @Nihadriz
pada
Bandar Baru Salak Tinggi
Peneraju When Makcik Bakes.Mak anak 4.Suka baking dan fotografi.Ikuti tips dan resipi bebas gluten di Instagram @whenmakcikbakes atau Facebook Page When Makcik Bakes.
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya