Makaroni Goreng Tomyam

Zieta Ali
Zieta Ali @zietaluvcook_70

Terjumpa sebungkus makaroni yang terselit belakang kabinet barang.Terlindung dek barang2 dapur yang lain.Saya tengok expire date dah nak sampai.Nak masak western bahan2 tak cukup pula.Saya olah guna pes tomyam je la.
#cppassport

Makaroni Goreng Tomyam

Terjumpa sebungkus makaroni yang terselit belakang kabinet barang.Terlindung dek barang2 dapur yang lain.Saya tengok expire date dah nak sampai.Nak masak western bahan2 tak cukup pula.Saya olah guna pes tomyam je la.
#cppassport

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1peket makaroni direbus
  2. 300 gmisi ayam di potong kecil
  3. 1bj bwg besar dipotong dadu
  4. 5 ulasbwg putih dicincang
  5. 1bungkus cendawan shitake dihiris nipis
  6. 1/2biji cili capsicum di potong dadu
  7. 2bj tomato dipotong dadu
  8. 3tangkai daun limau purut
  9. 5sdb pes tomyam
  10. 2,3tangkai daun ketumbar
  11. 3,4biji cili padi ditumbuk halus
  12. 2sdk garam dan bahan perasa

Cara Memasak

  1. 1

    Panaskan sedikit minyak masukkan bawang besar,bwg putih dan cili padi masak hingga layu.Masukkan isi ayam.Masak hingga air ayam kering.

  2. 2

    Masukkan cendawan dan pes tomyam.Letak sedikit air utk elakkan tumisan menjadi kering dan hangit.Kemudian masukkn cili capsicum,tomato,daun limau purut dan garam serta perasa.

  3. 3

    Masukkan makaroni yg telah direbuz tadi.Gaul dan goreng hingga sebati dan tutup api.Taburkn daun ketumbar semasa menghidang

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Zieta Ali
Zieta Ali @zietaluvcook_70
pada
Giler masak👩‍🍳
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya