Kuih Peneram -rangup dan cair dimulut-

Ummu muhammad
Ummu muhammad @adawiyyah
Kuala Terengganu

Saya sebenarnya memang jual doh peneram. Ya, doh peneram. Saya suka makan peneram panas-panas dan rangup, jadi saya sentiasa ada stok doh untuk goreng . Jadi, saya buka tempahan doh peneram untuk sesiapa yang sukakan peneram panas. Hari ini, saya nak kongsikan bagaimana saya buat doh peneram Klasik Nenda. Kalau malas nak buat,order je dengan saya..0143780069 😁

Baca lagi
Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Ramuan

+-200 biji
  1. 500 gmtepung beras
  2. 500 gmgula (Kurangkan kalau tak suka manis)
  3. 1sk garam
  4. 1 1/2 cawanair

Cara Memasak

  1. 1

    1. Panaskan air dengan gula merah, selalu kacau sampai menggelegak. (Bila dah menggelegak,api jangan kuat..slowkan dan tunggu beberapa minit lagi bagi dia mereneh cantik)

  2. 2

    Masukkan air gula. Wajib tapis!! Kemudian kacau

  3. 3

    3. Kacau sehingga bertali.. waktu ni kena ada kesabaran. Kacau sampai adunan nampak smooth dan berminyak gula

  4. 4

    4. Peram dulu..nak goreng sekurangnya selepas 10jam.. jangan goreng serta merta tak menjadi nanti. Selamat mencuba!

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Komen (5)

haja rm
haja rm @sukaja_masak2
Dia mmg susah nak bentuk ke? Knp saya goreng tu dia melekat teruk antara satu sama lain. Kt kuali tak melekat tapi dia bercantum dgn yg lain. Bila cuba pisahkan jadi hancur semua
(diedit)

Ditulis oleh

Ummu muhammad
Ummu muhammad @adawiyyah
pada
Kuala Terengganu
Saya suka memasak dan korek tips dan rahsia orang dalam masakan.
Baca lagi

Resipi Sepertinya