Choc chips cookies

Nurain Jalil
Nurain Jalil @ainjalil

#selangor
#goldenticket
#cookpadmy1stbday

Yeayyy...seronok rasa bila dibagitau yang goldenticket untuk meraikan Birthday Cookpad Malaysia yang pertama ini dilanjutkan.

Lega rasa akhirnya berjaya juga Ain menyumbangkan resepi sebagai tanda sokongan dan penghargaan buat Cookpad Malaysia.Bukan mudah sebenarnya.

Sempena My1stBirthday Cookpad Malaysia ni,Ain ingin berkongsi satu resepi yang sangat disukai ramai.Kudapan yang amat digemari dari yang kecil hingga dewasa.Dan selalunya kalau di majlis Hari Jadi memang akan ada kudapan ini.Apa lagi kalau bukan Choc Chips Cookies.Ada bermacam-macam versi tapi kalau anda ingin menambahkan lagi koleksi resepi Choc Chips Cookies anda,bolehlah anda mencuba resepi ini.

Rasa biskutnya sedap dan ranggup.Bagi yang menggemari kekacang,anda boleh juga mencampurkannya ke dalam adunan ni.Tetapi, pastikan anda membakarnya atau menyangainya terlebih dahulu sehingga warna kuning keemasan.

Jadi kepada kengkawan,selamat mencuba dan buat COOKPAD MALAYSIA 🎼" Happy 1st Birthday"🎶 .Semoga terus maju dan berjaya 😁😍🎉

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. Bahan A
  2. 250 gMentega/Marjerin
  3. 280 gGula Perang
  4. 1biji Telur (Gred A)
  5. 1 tspEsen Vanilla
  6. Bahan B (Diayak)
  7. 300 gTepung Gandum
  8. 60 gTepung Jagung
  9. 1 tspBaking Powder
  10. 1 tspSoda Bikarbonate
  11. CBahan
  12. 90 gMinyak Jagung (saya guna jenama Daisy)
  13. Bahan D
  14. 250 gImported Choc Chips
  15. 50 gDark Choc Coin - (saya guna jenama Bery'ls)

Cara Memasak

  1. 1

    Sediakan bahan-bahan yang diperlukan.

  2. 2

    Mulakan dengan mencampurkan mentega bersama gula perang.Aduk sebentar dalam seminit.Kemudian masukkan telur bersama esen vanilla.Gaul sebati dengan menggunakan senduk kayu sahaja.Jangan lebih dari 5 minit.

  3. 3

    Kemudian,masukkan campuran tepung gandum,tepung jagung,baking powder dan soda bikarbonate yang telah diayak.Gaul sebati sekitar 3 minit.

  4. 4

    Masukkan pula minyak.Gaul rata.

  5. 5

    Akhir sekali,masukkan choc chips bersama choc coin.Gaul sebati.

  6. 6

    Setelah siap,rehatkan sebentar adunan dalam lebih kurang 30 minit atau semalaman.

  7. 7

    Setelah 30 minit atau semalaman,masukkan adunan ke dalam piping bag bagi memudahkan kerja anda menerap.Setelah itu,dibakar adunan pada suhu 150'C selama 15-20 minit bergantung pada oven anda masing-masing.Setelah habis dibakar,letakkan diredai bagi proses menyejukkannya sebentar sebelum dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.Dah siap 😉

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Nurain Jalil
Nurain Jalil @ainjalil
pada

Komen (11)

Alawiyyah Jsh
Alawiyyah Jsh @alawiyyah_jsh
salam nak tahu kenapa saya buat..cookies tu jd warna coklat seakan gelap ye..silap nya apa ye?

Resipi Sepertinya