Biskut coklat chips

Al-kisahnya bila tiba cuti sekolah,mulalah anak-anak akan menyuruh maknya ni buatkan biskut.Cuti sekolah sempena sambutan Deepavali baru-baru ini,Ain pun buatkan biskut Coklat Chips ini untuk mereka.
Kali ini,Ain mencuba resepi yang lain.Google punya google,terjumpa resepi ini.Bahan-bahan yang digunakan mudah didapati.Tak perlu susu atau serbuk koko.Kali ini,Ain libatkan anak-anak untuk menyiapkannya.Fatin menggodak mentega dan gula,Amani mengayak tepung dan si kecil Thia menyediakan coklat chips.Sungguh seronok mereka bila dapat sama-sama membuat biskut ini.
Rasa biskut ini amatlah sedap dan ranggup.Hingga tak perasan hampir separuh balang kami menikmatinya.Jangan tak percaya,kami sudah tiga kali ulang membuat biskut coklat chips ni.Punyalah senang dan sedap.Yang penting,rasanya setanding dengan biskut yang kita selalu jumpa di mall tu.Boleh guna untuk dibuat niaga gak ni resepinya.
Selamat mencuba yer kengkawan.
Biskut coklat chips
Al-kisahnya bila tiba cuti sekolah,mulalah anak-anak akan menyuruh maknya ni buatkan biskut.Cuti sekolah sempena sambutan Deepavali baru-baru ini,Ain pun buatkan biskut Coklat Chips ini untuk mereka.
Kali ini,Ain mencuba resepi yang lain.Google punya google,terjumpa resepi ini.Bahan-bahan yang digunakan mudah didapati.Tak perlu susu atau serbuk koko.Kali ini,Ain libatkan anak-anak untuk menyiapkannya.Fatin menggodak mentega dan gula,Amani mengayak tepung dan si kecil Thia menyediakan coklat chips.Sungguh seronok mereka bila dapat sama-sama membuat biskut ini.
Rasa biskut ini amatlah sedap dan ranggup.Hingga tak perasan hampir separuh balang kami menikmatinya.Jangan tak percaya,kami sudah tiga kali ulang membuat biskut coklat chips ni.Punyalah senang dan sedap.Yang penting,rasanya setanding dengan biskut yang kita selalu jumpa di mall tu.Boleh guna untuk dibuat niaga gak ni resepinya.
Selamat mencuba yer kengkawan.
Cara Memasak
- 1
Mula-mula kita sediakan bahan-bahan yang diperlukan.
- 2
Masukkan mentega dan gula perang.Gaul manja sekadar sebati menggunakan senduk kayu.Kemudian,masukkan telur dan esen vanila.Gaul sebati.
- 3
Masukkan minyak masak.Gaul sebati.Dalam masa yang sama,ayakkan tepung gandum,tepung jagung,baking powder dan soda bikarbonate.
- 4
Masukkan coklat chips dan gaul rata sehingga tepung menyaluti coklat chips.Kemudian,masukkan ke dalam adunan mentega tadi.Gaul sebati.
- 5
Masukkan adunan ke dalam piping bag dan paipkan adunan ke atas loyang sebesar ukuran duit 20 sen.Bakar pada suhu 180'C selama lebih kurang 15-20 minit atau masak bergantung pada oven masing-masing.Setelah masak,pindahkan atas redai dan bila biskut sudah sejuk,bolehlah dimasukkan ke dalam balang yang kedap udara.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Choc chips cookies Choc chips cookies
#selangor#goldenticket#cookpadmy1stbdayYeayyy...seronok rasa bila dibagitau yang goldenticket untuk meraikan Birthday Cookpad Malaysia yang pertama ini dilanjutkan.Lega rasa akhirnya berjaya juga Ain menyumbangkan resepi sebagai tanda sokongan dan penghargaan buat Cookpad Malaysia.Bukan mudah sebenarnya.Sempena My1stBirthday Cookpad Malaysia ni,Ain ingin berkongsi satu resepi yang sangat disukai ramai.Kudapan yang amat digemari dari yang kecil hingga dewasa.Dan selalunya kalau di majlis Hari Jadi memang akan ada kudapan ini.Apa lagi kalau bukan Choc Chips Cookies.Ada bermacam-macam versi tapi kalau anda ingin menambahkan lagi koleksi resepi Choc Chips Cookies anda,bolehlah anda mencuba resepi ini.Rasa biskutnya sedap dan ranggup.Bagi yang menggemari kekacang,anda boleh juga mencampurkannya ke dalam adunan ni.Tetapi, pastikan anda membakarnya atau menyangainya terlebih dahulu sehingga warna kuning keemasan.Jadi kepada kengkawan,selamat mencuba dan buat COOKPAD MALAYSIA 🎼" Happy 1st Birthday"🎶 .Semoga terus maju dan berjaya 😁😍🎉 Nurain Jalil -
Biskut Coklat Chips Biskut Coklat Chips
Biskut kegemaran anak-anak. Buat sempena nak sambut Aidil Adha. Selalu jugak buat bila ada kerajinan. alongina -
Biskut Cornflakes Coklat Chips Biskut Cornflakes Coklat Chips
#GlobalApron2024#KuihRaya#MentegaTelurEsenvanilaTepunggandumTepungjagungCornflakesCoklatchipsBiskut Cornflakes ni merupakan favourite saya & suami..tapi suami lebih lagi laa..hantuu..hihii.. Setiap kali raya mesti buat..kalau dah makan tak boleh berhenti..laku keras..kejap je licin 😆 Selalunya saya tak campur coklat chips, tapi kali ni try campur..lagi sedapp.. Rasanya crunchy, manisnya pun just nice je.. Nor Al Fatihah -
Biskut Choc Chip Ala Famous Amor Biskut Choc Chip Ala Famous Amor
Mencuba resepi dari @ainjalil ternyata tidak mengecewakan. Sedap rasa macam biskut Famous Amor yang biasa kita makan. Anak dara suka sangat makan dia. Risau tak dan raya je rasanya tengok dia makan😂. Aznie Khasri -
Kek Coklat Moist Kek Coklat Moist
#perakpenang#1september#goldenapronKek yang lembut dan gebu. Rasanya lebih enak setelah dicurahkan dengan coklat cair, coklat chips dan coklat rice. Selamat mencuba guys😍 Roselina Hanid -
Choco Chips Cookies with Fresh Milk Choco Chips Cookies with Fresh Milk
Sarapan anak² yg sedap dan sangat mudah utk disediakan. Dgn gabungan sempurna Chocolate Chips Cookies dan Susu Segar. Anak² pasti suka!#GlobalApron2024Bahan: Chocolate chips, Serbuk Koko, Telur, Tepung Gandum, Susu Segar, Mentega#Kid'sStuffWeek1 Adawiyah Mohd Sharun -
Biskut Famous Amos (R196) Biskut Famous Amos (R196)
Nak masak apa, cuti sekolah ini? Jawapannya nak masak ‘ Biskut Famous Amos ‘ biskut kegilaan anak cucu dan keluarga …,,, Zahrah Buang -
Biskut badam cip coklat Biskut badam cip coklat
Biskut yang Ira akan buat tiap tahun semestinya biskut badam coklat cip. Kenapa ye? Mestilah sebab mudah nak buat. Campak-campak je bahannya. Tak perlu guna mixer, guna senduk je. Awak semua kena cuba buat biskut ni. Sedap hingga menjilat balang hehehe.#phopxcookpad2020 #goldenapron2020 Ira Yussof -
Kek sarang semut Kek sarang semut
#periuknasi#goldenapron#mingguke13Selalunya kita akan menggunakan oven atau pengukus untuk membuat kek.Untuk Kek Sarang Semut ni,ada versi bakar dan versi kukus.Tapi untuk kali ini,buat pertama kalinya Ain menggunakan periuk nasi.Masih menggunakan resepi yang selalu Ain gunakan.Tak perlu diperam.Siap dibancuh terus dimasak.Sebagai tanda sokongan kepada Cookpad Malaysia,Ain mencuba menggunakan periuk nasi.Sungguh mencabar bila kita tidak pernah membuat kek menggunakan periuk nasi ni.Percubaan pertama menemui kegagalan disebabkan Ain bubuh adunan terbanyak.Jadinya,bahagian keliling dan bawahnya sudah masak tetapi bahagian tengahnya masih mentah.Tidak berputus asa,baki adunan kita bubuh sedikit.Akhirnya menjadi.Rasa kek ini sangatlah sedap.Rugi kalau anda tak mencubanya.Selamat mencuba yer kengkawan.Nota kaki :-Bagi yang ingin menggunakan oven,resepi yang Ain sertakan ini sesuai untuk loyang 9 inci.Bakar pada suhu 150'C lebih kurang 1 jam 15 minit (bergantung pada oven masing-masing). Nurain Jalil -
-
🍓🫐 MUFFIN BERRIES & COKLAT CHIPS PUTIH 🍓🫐 MUFFIN BERRIES & COKLAT CHIPS PUTIH
🍓🫐Kali ni muffin berries & choc chips putih ni jadi gelap sebab akak guna susu badam coklat. Kalo guna susu segar biasa, akan jadi mcm gambar last, hepi meneraiiii 😉 #goldenapron2020 #mixedberries #muffins #mixedberriesmuffins Keroroyz Royz -
Kek Coklat Moist Kek Coklat Moist
#MealPlan #1417recipe #Pejuang2KResepiRabu minggu lepas ada jamuan piknik tepi padang kat sekolah Qaseh. Qaseh minta buatkan Kek Coklat Moist untuk dia dan kawan-kawannya makan kat Sekolah. Jadi rabu tu dalam pukul 12 Aznie buatkan kek ni tuk dia. Bayangkan nak hantar dia sekolah pukul 12.50, memang kelam kabut dibuatnya. Nasib sempat siap. Tapi tak dan nak ambik gambar elok sikit. Yang ada gambar lepas bubuh topping coklat je. Jadi la kan dari tak de😂. Masa ni memang tak merasa nak makan sebab dia bawak semua kat sekolah. Tak dapat abang ngan kakak nak makan. Tak pe esok mak buat lagi, serbuk koko baru beli siang tadi😋Resepi dari @ThahWatermelon85 , terima kasih tau. Anak kak cakap sedap sangat, semua pun suka Aznie Khasri
Lebih Banyak Resipi
Komen