Teh Hijau Panna Cotta Keto

Patmawati Paddong
Patmawati Paddong @PetPatmawati
Kota Kinabalu, Sabah

#immunebooster. Apakah yang lebih baik daripada sedap dan berkhasiat? Enak dimakan ketika sejuk. Matcha terkenal dengan kebaikkannya sebagai anti oksidan, meningkatkan metabolisma, detox, menenangkan badan, tinggi vitamin dan mineral. Disaat kita kerisauan dengan penularan Covid-19, mari kita tenangkan fikiran dan menyihatkan badan dengan desert yang mudah tetapi sedap ini.

Ianya juga lulus keto dan selamat bagi penderita kencing manis kerana ianya tanpa gula. Semoga bermanfaat.

Teh Hijau Panna Cotta Keto

7 orang bercadang membuatnya

#immunebooster. Apakah yang lebih baik daripada sedap dan berkhasiat? Enak dimakan ketika sejuk. Matcha terkenal dengan kebaikkannya sebagai anti oksidan, meningkatkan metabolisma, detox, menenangkan badan, tinggi vitamin dan mineral. Disaat kita kerisauan dengan penularan Covid-19, mari kita tenangkan fikiran dan menyihatkan badan dengan desert yang mudah tetapi sedap ini.

Ianya juga lulus keto dan selamat bagi penderita kencing manis kerana ianya tanpa gula. Semoga bermanfaat.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 125 gmCream Cheese
  2. 1/2cwn heavy whipping cream
  3. 1sdm serbuk Teh Hijau (Matcha)
  4. 1sdm erythritol
  5. 1/4sdt stevia
  6. 1sdt halal gelatine
  7. 1/2cwn air (utk larutkan teh hijau)

Cara Memasak

  1. 1

    Panaskan semua bahan secara double boiler kecuali gelatin. Masak dan gaulkan bahan sehingga larut berkilat. Masukkan gelatin yang dilarutkan dalam air kacau sehingga sebati. Angkat

  2. 2

    Masukkan dalam bekas kaca dan tutup dengan plastic wrap. Masukkan dalam peti sejuk dan biarkan semalaman. Siap dihidang.

  3. 3

    Tips: Jika tiada stevia, tambahkan 2 sudu makan erythritol lagi.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Patmawati Paddong
Patmawati Paddong @PetPatmawati
pada
Kota Kinabalu, Sabah
Saya pengamal diet keto dan IF, maka semua masakkan saya berkisar tentang gaya hidup keto. Saya suka mencuba dan mencipta resepi baru untuk dijadikan amalan sehari-hari. Tagline saya sdh tentu “Makan Sedap Tapi Kurus” Jika nak kurus sihat, cubalah gaya hidup yang chic, trendy dan berasaskan sains ini. Siapa yang tak nak kurus tapi boleh makan sedapkan? Mari ikuti resepi-resepi saya.
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya