Kuih Buah Melaka

Aznie Khasri
Aznie Khasri @Sirap_Cheese
Ipoh, Perak, Malaysia

#cookpadworlddessert
Kuih ni petang semalam Aznie buat.. Teringin nak makan bila tengok kakak dengan adik-adik di kampung buat kuih ni malam kelmarin.. ya allah rindunya rasa nak balik jumpa mak, adik-adik juga anak buah semua....
Aznie dengan adik-adik memang hari-hari sembang kat whatsap.. Jadi tau apa yang diorang buat.. sebelum perintah kawalan pergerakan (PKP) kakak dengan adik balik kampung.. cuti sekolah kan.. jadi bila di istiharkan PKP jadi kakak dengan adik tak dapat nak balik.. Diorang duduk kampung sampai sekarang.. sedihnya rasa sebab tak dapat kumpul sekali.. bayangkan adik beradik 10 orang tambah pula dengan anak-anak buah memang meriah...
Bila kelmarin kakak dengan adik bagitau diorang nak buat buah melaka.. sedihnya rasa.. bukan sebab tak dapat makan tapi tak dapat buat sama-sama.. seronok bila tengok gambar diorang buat kuih ni..
Bila hubby bagitau buat masa ni jangan pos gambar masakan di FB dulu biar keadaan reda dulu.. Aznie akur.. Aznie cuma pos di Cookpad je.. kesian kalau ada family juga sanak saudara yang lihat apa yang kita masak.. sedangkan kita tak tau apa yang diorang makan.. entah makan entahkan tidak.. Aznie setuju dengan apa yang hubby cakap..
Bila makan kuih buah melaka hati rasa sayu.. sedih.. rindu sangat kat mak kat kampung😥

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. Bahan A
  2. 2 cawantepung pulut
  3. secubit garam
  4. Bahan B (kisar & tapis)
  5. 3/4 cawanair
  6. 2 helaidaun pandan
  7. Bahan C (Gaul & kukus 10 minit)
  8. 1biji kelapa parut (ambil putih sahaja)
  9. secubit garam
  10. Bahan D (potong dadu kecil)
  11. 4 kepinggula Nisan (bole juga gula gula kabung)

Cara Memasak

  1. 1

    Kukus kelapa parut yang telah digaul bersama garam selama 10 minit..

  2. 2

    Sebatikan tepung pulut bersama garam.. masukkan air perahan daun pandan.. uli hingga tak melekat ditangan.. kalau kurang air bole tambah sikit lagi..

  3. 3

    Ambil sedikit adunan tepung leperkan dan bubuh gula diatasnya.. kemudian tutup kemas dan bulatkan.. buat hingga habis

  4. 4

    Didihkan air didalam periuk.. masukkan adunan tepung yang sudah digentil.. masak hingga ia timbul.. biarkan dalam 2 minit selepas ia timbul baru diangkat.. supaya gula didalam kuih cair sepenuhnya dan tidak berketul..

  5. 5

    Angkat dan golekkan diatas kelapa.. biar kuih tersalut dengan kelapa.. sedia untuk dihidangkan..

  6. 6
  7. 7

    Gambar yang adik kirim dikampung masa buat kuih ni..

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Aznie Khasri
Aznie Khasri @Sirap_Cheese
pada
Ipoh, Perak, Malaysia
~💕Like MASAK👩🏻‍🍳 ~💕Like MAKAN 🍰~💕Like SNAP FOTO 📸 ~💕Like SNAP VIDEO 🎥-💕❤️COOKPAD COMMUNITY~💕WE ARE FAMILY~💕
Baca lagi

Komen (4)

Haslindaedora Djapri
Haslindaedora Djapri @dapurlindacuckoo
Perahan air daun pandan tu..daun pandan direbus dahulu ye? Ke blend & tapis?

Resipi Sepertinya