Kuih Putu Perak

Rasanya orang Perak tau sangat tentang kuih ni. Kuih Putu Perak, adalah kuih tradisional dari Negeri Perak. Kuih ni selalu kita jumpa dipasar pagi mahu pun di pasar malam. Rasanya memang sedap. Kuih ni tak sama ye dengan putu piring. Sebab ia dicampur dengan sedikit tepung pulut. kalau ikutkan cara tradisional kuih ni kita buat dengan menggunakan beras dan juga berat pulut yang kita kisar hingga halus. Diayak hingga menjadi tepung yang halus. Tapi yang ni Aznie guna tepung saje. Serius Aznie suka sangat dengan rasanya memang sama. Sedap makan panas-panas. Resepi ni Aznie jumpa dekat fb lupa siapa yang pos. Terima kasih
Kuih Putu Perak
Rasanya orang Perak tau sangat tentang kuih ni. Kuih Putu Perak, adalah kuih tradisional dari Negeri Perak. Kuih ni selalu kita jumpa dipasar pagi mahu pun di pasar malam. Rasanya memang sedap. Kuih ni tak sama ye dengan putu piring. Sebab ia dicampur dengan sedikit tepung pulut. kalau ikutkan cara tradisional kuih ni kita buat dengan menggunakan beras dan juga berat pulut yang kita kisar hingga halus. Diayak hingga menjadi tepung yang halus. Tapi yang ni Aznie guna tepung saje. Serius Aznie suka sangat dengan rasanya memang sama. Sedap makan panas-panas. Resepi ni Aznie jumpa dekat fb lupa siapa yang pos. Terima kasih
Cara Memasak
- 1
Cara
Campurkan tepung beras dan tepung pulut. Gaul rata. - 2
Tuang air dan ramas hgga nmpk seperti ketulan2 yg halus. Kemudian bila kita kepas dan hancurkan ia lerai.
- 3
Blend kering hingga halus (klu tak nak blend pun tak pe)dan ayak supaya halus.
- 4
Campurkan gula ke dalam tepung yang diayak tadi. Gaul hingga betul-betul sebati.
- 5
Panaskan air kukusan hingga mendidih.
- 6
Ambil acuan putu masuk sedikit dalam acuan. buat lubang tengah-tengah. Masuk inti dan tutup pulak dengan tepung.
- 7
Kukus selama 3mnt atau hingga masak. Keluarkan dari acuan ketika masih panas.
**Acuan tak perlu disapu minyak ye. - 8
Siap untuk dihidang.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Kuih Sagu Kukus Kuih Sagu Kukus
Buatkan kuih sagu ni tuk mak baru ni. Mak teringin nak makan kuih sagu katanya. Jadi Aznie buatkan terus, lagi pun dah lama Aznie tak buat dan makan kuih sagu. Teringin juga nak makan. Ni salah satu kuih yang hubby suka makan. Happy sangat rasanya bila tengok orang tersayang makan apa yang kita masak. Dan mereka suka, bahagia sangat rasanya. Aznie Khasri -
Putu Mayam Putu Mayam
#goldenapron #mingguke6Putu Mayam.. yang ni menu kegemaran keluarga Aznie.. anak-anak memang suka sangat.. dah lama Aznie tak buat ni.. sesekali buat memang puas dapat makan banyak... selamat mencuba... Aznie Khasri -
Kuih Sagu Kuih Sagu
Lama tak makan kuih sagu. Baru ni hubby tunjuk gambar kat fb ada yang pos gambar kuih sagu. Lama tak makan katanya. Haaaaa bila hubby dah cakap macam tu, tak kan tak faham lagi kot😅. Maknanya dia nak makan kuih tu la. Dengan segera zassss.. Nasib kuih ni simple je cara pembuatannya. Kejap je siap. Yang ni Aznie ikut resepi dari @kakIman , terima kasih dik. Sedap🥰 Aznie Khasri -
Kuih Balungan Hayam Kuih Balungan Hayam
Kuih ni memang sering Aznie buat dulu.. dah lama juga Aznie tak buat ni.. kuih ni kuih orang banjar.. aznie tau mengenai kuih ni juga dari hubby sebab hubby memang orang banjar... kuih ni sama je macam kuih koci .. cuma beza dari segi bentuk rupanya sahaja... memang sedap sangat.... Aznie Khasri -
Kaswi Gedik Kaswi Gedik
Kuih kegemaran mak , semalam buat majlis tahlil dan doa selamat. Aznie buatkan kuih kegemaran mak ni. Alhamdulillah mak suka sangat. Kuihnya yang lembut memang sedap. Nasib sempat ambil gambar sebab sibuk menghidangkan makanan sampai banyak masakan yang tak sempat nak ambil gambar. Padahal gambar step semua dah ambil. Gambar utama tak boleh nk ambik sebab makanannya dah habis🤣🤣 Aznie Khasri -
Kuih Dangai Kuih Dangai
#saturesepisatupohonKalau kuih yang satu ni memang jarang dah kita jumpa sekarang.. kuih orang dulu-dulu.. wangi sangat kuih ni.. kalau budak-budak sekarang rasanya mungkin xberapa suka.. tapi kalau aznie memang suka rasa yang kenyal2 tambah bau kelapa yang dibakar memang memikat selera... Aznie Khasri -
🌷Putu Belanda🌷 🌷Putu Belanda🌷
Putu Belanda.. kuih ni asal dari seberang.. resepi ni aznie dapat dari teman Aznie dari seberang Divayuna Yuyun.. memang sedap kuih ni.. alhamdulillah.. Aznie Khasri -
Kuih Buah Melaka Kuih Buah Melaka
#cookpadworlddessertKuih ni petang semalam Aznie buat.. Teringin nak makan bila tengok kakak dengan adik-adik di kampung buat kuih ni malam kelmarin.. ya allah rindunya rasa nak balik jumpa mak, adik-adik juga anak buah semua.... Aznie dengan adik-adik memang hari-hari sembang kat whatsap.. Jadi tau apa yang diorang buat.. sebelum perintah kawalan pergerakan (PKP) kakak dengan adik balik kampung.. cuti sekolah kan.. jadi bila di istiharkan PKP jadi kakak dengan adik tak dapat nak balik.. Diorang duduk kampung sampai sekarang.. sedihnya rasa sebab tak dapat kumpul sekali.. bayangkan adik beradik 10 orang tambah pula dengan anak-anak buah memang meriah... Bila kelmarin kakak dengan adik bagitau diorang nak buat buah melaka.. sedihnya rasa.. bukan sebab tak dapat makan tapi tak dapat buat sama-sama.. seronok bila tengok gambar diorang buat kuih ni.. Bila hubby bagitau buat masa ni jangan pos gambar masakan di FB dulu biar keadaan reda dulu.. Aznie akur.. Aznie cuma pos di Cookpad je.. kesian kalau ada family juga sanak saudara yang lihat apa yang kita masak.. sedangkan kita tak tau apa yang diorang makan.. entah makan entahkan tidak.. Aznie setuju dengan apa yang hubby cakap.. Bila makan kuih buah melaka hati rasa sayu.. sedih.. rindu sangat kat mak kat kampung😥 Aznie Khasri -
Apam Beras Apam Beras
#ApamBeras #1388recipe #Pejuang2KResepiAda lebihan nasi sejuk sayang kalau tak dimasak, jadi Aznie buat Apam Beras je. Kebetulan adik bagitau nanti nak dtg ngan mak, memang cantik sangat la tu. Mak memang suka sangat makan kuih apam. Memang rezeki mak hari ni. Alau ikut resepi dia suruh perap 3 jam je, tapi Aznie terlajak masa lepas 5 jam baru kukus. Serius la, kuih apam ni jadi lebih lembut dan gebu dari biasa. Sedap sangat, Alhamdulillah. Aznie Khasri -
Apam Kuala Kangsar Apam Kuala Kangsar
#saturesepisatupohonApam Kuala Kangsar ni jarang kita jumpa dah.. terkenal didaerah kuala kangsar perak.. Di tempat aznie masih ada lagi yang jual ni di pasar malam.. tapi cuma seorang pak cik tu je yang jual.. ditempat lain memang xpernah jumpa lagi.. kuih kegemaran mak aznie ni.. kuih orang dulu-dulu.. selamat mencuba.. Aznie Khasri -
Putu pisang daun pandan Putu pisang daun pandan
Kalau susah nak cari bambu/buluh untuk buat putu Kita guna daun pisang..jadi namanya putu pisang 🤣🤣 biasa putu bambu sebab guna bambu Kan Kali ni guna daun pisang pulaa..kuih rare ni susah nak jumpa orang jual jadi kita buat sendiri jer..anak2 pun suka makan🤭 Faizah Yahya(Mrs Peija) -
Apam Tepung Beras Apam Tepung Beras
#sarapan #goldenapron #mingguke13Minggu apam kot minggu ni.. berderet minggu ni aznie buat apam sesaja.. kali ni Aznie buat apam tepung beras versi guna loyang brownies.. senang tak payah potong dah.. bentuk pun cantik sama rata.. sesekali buat corak polkadot pulak.. apam ni mmg lembut.. makan dengan kelapa parut.. nyaman aiiii... hihihi Aznie Khasri
Lebih Banyak Resipi
Komen