Kek Lapis Cream Crackers Berlauk

Wow buat yg terbaik Awang Ibrahim
Wow buat yg terbaik Awang Ibrahim @cook_23063457
Taman Bumiko Miri Sarawak

Ini merupakan resipi arwah ibu saya yg merupakan all time fav in my family...#goldenapron2020

Kek Lapis Cream Crackers Berlauk

12 orang bercadang membuatnya

Ini merupakan resipi arwah ibu saya yg merupakan all time fav in my family...#goldenapron2020

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

untuk 6 orang
  1. I pek Cream Crackers Julie (pack 315gm)
  2. 1 tinCorn Beef atau 400gm daging cincang
  3. 4biji telur (dipukul hingga sebati)
  4. 1 tinsusu sejat Ideal atau 3 cup susu segar
  5. 1labu bawang besar (dipotong dadu)
  6. 3biji ubi kentang (dipotong dadu)
  7. 1 batangseleri (dipotong kecil -kecil)
  8. 1 batangdaun bawang (dipotong kecil)
  9. 1 batangdaun sup
  10. 8kepingan keju
  11. 2sudu mentega utk mengoreng
  12. 1biji cili yg dipotong kecil

Cara Memasak

  1. 1

    Mula- mula kita perlu tumis semua bahan seperti cili, seleri, bawang besar bersama daging.

  2. 2

    Bila daging sudah masak dan naik bau baru masukan ubi kentang dan pastikan semua masak dan akhir sekali masukan serbuk perisa secukup rasa maggi dan garam. Ketepikan biar inti daging ini sejuk.

  3. 3

    Rendam Roti Cream Creaker didalam susu sejat cair ideal dan pastikan roti berendam sepenuhnya dan jangan biar terlalu lembut

  4. 4

    Kemudian griskan loyang atau tray dengan sedikit mentega yang telah dialas dgn baking paper tapi bagi saya, saya guna Giocomo glassware yang panjang, kemudian susun roti cream cracker yg direndam, lepas tu, ambil inti daging disusun di atas susun roti itu selepas itu, baru letakan bancuhan telur diatasnya. Lapis selang seli dgn susun roti dan daging setiap lapisan diletakan bancuhan telur, pada lapisan terakhir (mesti susun roti) dicurahkan bancuhan telur dan lebihan susu.

  5. 5

    Akhir sekali susun kepingan keju atau serbuk keju di atasnya.

  6. 6

    Kemudian masukan ke dalam oven selama 45 minit sehingga masak kekuningan dengan suhu 180 darjah celcius. Guna api atas bawah.

  7. 7

    Hanya potong kek bila sudah benar benar sejuk.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Wow buat yg terbaik Awang Ibrahim
pada
Taman Bumiko Miri Sarawak
saya suka mencuba membuat kek, pasta dan masakan mudah ringkas dan sedap
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya