Baby cookies -gerenti jadi dengan cara lebih senang

40 orang bercadang membuatnya
Ummu muhammad
Ummu muhammad @adawiyyah
Kuala Terengganu

Sesuai untuk 7m++.. #nosalt#nosugar#glutenfree#eggfree

Sebelum ni saya dah masukkan resepi baby cookies ni..tapi punyalah renyah cara dia.. ni sekejap je dan tak bersepah. Yang penting gerenti jadi dan cair dimulut baby! Pemilihan jenis kurma sangat penting.. sila pilih kurma yang lembik baru senang. Dan jangan sesekali steam kurma ya.. air akan buatkan kukis jadi mendap dan tak rangup dan paling sedih KERAS!

Baca lagi
Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Ramuan

+-40 biji
  1. 1 cawankurma Maheera / Nastaran
  2. 1buku unsalted butter anchor
  3. 4 cawantepung jagung
  4. 1/2sk baking powder

Cara Memasak

  1. 1

    Asingkan kulit dan biji. Ni contoh kurma Maheera.. sangat lembut dan senang nak buang kulit

  2. 2

    Masukkan 2 sb butter dalam isi kurma. Penyet manja-manja agar kurma jadi lembut bersama butter

  3. 3

    Dalam bekas lain masukkan butter. Pukul sehingga putih

  4. 4

    Masukkan kurma tadi sedikit demi sedikit. Pukul rata

  5. 5

    Tapiskan tepung jagung dan baking powder

  6. 6

    Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan butter tadi. Kacau rata manja2. Adunan mesti sedikit keras dan berderai, baru biskut nanti cair dimulut dan lembut. Jangan risau ya.

  7. 7

    Bakar pada suhu 150 selama 10-15minit. Jangan sampai hangus. Nanti keras

  8. 8

    Siap!

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya

Komen

Ditulis oleh

Ummu muhammad
Ummu muhammad @adawiyyah
pada
Kuala Terengganu
Saya suka memasak dan korek tips dan rahsia orang dalam masakan.
Baca lagi

Resipi Sepertinya