Crunchy Cookies Gluten Free

Ummu Razin
Ummu Razin @cook_21006251
Kuala Lumpur

Kuih raya yang lebih mesra usus. Bagi yang bermasalah pada gluten (tepung gandum), boleh buat gluten free cookies ini. Yang penting bahan mudah di cari.

#bazaarramadan
#goldenapron2020

Crunchy Cookies Gluten Free

Kuih raya yang lebih mesra usus. Bagi yang bermasalah pada gluten (tepung gandum), boleh buat gluten free cookies ini. Yang penting bahan mudah di cari.

#bazaarramadan
#goldenapron2020

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

2jam
40-50biji
  1. 110 gButter
  2. 1/2cwn Gula Perang
  3. 1/4cwn Gula
  4. 1biji Telur
  5. 1cwn Tepung Beras
  6. 1/2cwn Tepung Jagung
  7. 1SB Tepung Ubi Kayu
  8. 1/2sk Garam
  9. 1 1/2SB Serbuk Koko
  10. 1/2sk Baking Soda
  11. 1/4sk Baking Powder
  12. Tambahan
  13. Chocolate Chip
  14. Almond Slice

Cara Memasak

2jam
  1. 1

    Sediakan semua bahan seperti di nyatakan.

  2. 2

    Asingkan bahan basah dan bahan kering di dalam mangkuk lain-lain. Sebatikan. Untuk butter, gula, telur, sekalikan dan pukul ala kadar sahaja dengan senduk. Cukup gula dan butter sebati bersama.

  3. 3

    Selepas itu, bahan kering sudah sekata, boleh letakkan ke dalam bahan butter telur dan gula tadi. Letak sikit-sikit dan gaul sekata. Adunan sedikit lembek.

  4. 4

    Adunan sudah sekata, boleh letakkan pula tambahan perasa, chocolate chip dan almond slice. Kacau guna sudu sekatakan.

  5. 5

    Semua sudah sekata, boleh letak adunan menggunakan sudu. Bulat kecil, tidak perlu penyekkan, sebab semasa pembakaran cookies akan sendiri mencair dan mendatar.

  6. 6

    Tidak perlu simpan ke dalam peti sejuk seperti adunan yang bergluten. Boleh terus bakar, 180darjah selama 20-25minit. Ikut oven masing-masing. Letak ke dalam bekas selepas cookies sedikit sejuk.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Ummu Razin
Ummu Razin @cook_21006251
pada
Kuala Lumpur
Minat baking dan photography.
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya