🍢 Oden Semudah ABC 🍡

🙋🏻‍♀️ CikDanishWorld 😍
🙋🏻‍♀️ CikDanishWorld 😍 @_CikDanishWorld_

Bila sebut FamilyMart, pasti teringat odennya kan. Ya Allah, sedapnya. Meleleh air liur. Tapi, kalau dah tekak dan perut melayu ni, mana mungkin makan hanya secocok dua. Sikit sangat tu. Tapi nak banyak, perlu sediakan duit yang banyak juga jika mahu makan kenyang odennya.

Tapi, fulus tak banyak. Macam mana ni? Ok ok, itu bukan pengakhirannya ya. Kita boleh masak sendiri tau! Ya. Masak sendiri saja dirumah! Banyak dan Jimat!

Jom masak oden! Makan sampai puas! Makan dengan selesa. Makan ramai ramai!

Ok, jom saya kongsikan resipi mudah semudah menyebut ABC. Bahannya sikit, caranya mudah, buatnya pantas dan pastinya sedap! InshaaAllah.

Jadi, bila rakan rakan tayang gambar oden, lalu lalang tak henti henti di mukabuku, meleleh leleh air liur kecur melihatnya, sedih tak dapat keluar pergi beli, sedih tak cukup wang, jangan sedih sedih. Cari saja 3 bahan seperti atau seakan saya ini yang ada dirumah dan terus buat oden sendiri saja ok?

Jom Ber Oden!

❤️ #oden
❤️ #goldenapron2020
❤️ #phopxcookpad2020

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

15 minit
2 orang
  1. 70 gpes Asam Pedas Adabi
  2. 40 gpes TomYam Merah Adabi
  3. 1pek Stimbot pilihan
  4. 1 literair masak

Cara Memasak

15 minit
  1. 1

    Sediakan bahan bahannya. Saya hanya guna 3 bahan penting ini untuk oden semudah ABC saya bila saya sangat sangat lapar dan terliur dengan gambar oden FamilyMart yang lalu lalang dimukabuku. Jika saya ada masa, ada keluar pasaraya, ada duit lebih, saya akan tambah cendawan enoki juga. Boleh juga tambah fish cake, jejari ketam dan sayur sayur lain jika suka dan ada budget lebih ya. Ikut tekak dan poket sendiri. Pes juga terpulang nak guna jenama apapun. MakPon Asam Pedas ke, TomYam thai ke. Ok?

  2. 2

    Bilas bahan stimbot dengan air dan toskan. Kemudian potong bahannya jika ingin saiznya lebih kecil dan cepat masak. Taknak potong pun tidak mengapa cuma kena pastikan ia masak betul nanti. Jika ingin merasa ala² di FamilyMart, cocokkan bahannya pada lidi. Jika tiada lidi, tidak mengapa. Boleh saja campakkan semua stimbot pilihan kedalam periuk terus. Jangan bersedih ya. Asalkan dapat makan oden ala FamilyMart cepat dan banyak juga sudah seronok kan.

  3. 3

    Masukkan 1 liter air kedalam periuk. Didihkan airnya. Sementara menunggu airnya mendidih, masukkan sepeket pes Asam Pedas dan TomYam merah. Kurangkan air jika suka kuah odennya pekat. Lebihkan air jika sukakan kuah yang cair. Jika terlebih air, tambahkan pes tomyam putih atau pes yang disukai sama ada tomyam merah atau asam pedas. Boleh juga rasakan dengan garam gula jika mahu. Saya tak tambah apepun sebab pesnya dah secukup rasa ditekak saya.

  4. 4

    Kuah oden dah berbuih "bubbles" mendidih, masukkan bahan² stimbot perlahan lahan supaya tidak merecik kuahnya ketangan atau baju. Hihi.

  5. 5

    Ok. Kuah oden dah mendidih, bahan stimbot semua dah masak, akhirnya bolehlah dihidang dan makan sepuas hati bersama yang tersayang. Nak ala² FamilyMart, kita makan dalam bekas kertas. Tapi sebab takde kat rumah, saya capai bekas cupcake. Hihi. Ok, selamat mencuba dan menjamu selera.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
🙋🏻‍♀️ CikDanishWorld 😍
pada
❤️ Ku ingin suka memasak.🙈 Masih bertatih masak.💪🏻 Chaiyok Chaiyok.
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya