😋 Puff Coklat Sedap Air Fryer

🙋🏻‍♀️ CikDanishWorld 😍
🙋🏻‍♀️ CikDanishWorld 😍 @_CikDanishWorld_

😋 Hidangan makan petang yang mudah dan pantas ini memang kegemaran saya dan anak. Tapi berbeza kali ini, ada suami memerhati dan mengacau. Jadi, biasala, agak kucar kacir sedikit resipi dan caranya bila diperhatikannya dan dicampur tangan. Sabo jela. Haha.

😂 Maka, untuk puff ini, jika tak suka telur, tukar dengan cadangan yang diberi ya. Dan jika ramai nak makan, banyakkan bahannya ikut kesesuaian.

😘 Selamat Mencuba 👍🏻

#CookpadMalaysiaTask3
#phopxcookpad2020
#goldenapron2020
#phopbylinimohd

😋 Puff Coklat Sedap Air Fryer

😋 Hidangan makan petang yang mudah dan pantas ini memang kegemaran saya dan anak. Tapi berbeza kali ini, ada suami memerhati dan mengacau. Jadi, biasala, agak kucar kacir sedikit resipi dan caranya bila diperhatikannya dan dicampur tangan. Sabo jela. Haha.

😂 Maka, untuk puff ini, jika tak suka telur, tukar dengan cadangan yang diberi ya. Dan jika ramai nak makan, banyakkan bahannya ikut kesesuaian.

😘 Selamat Mencuba 👍🏻

#CookpadMalaysiaTask3
#phopxcookpad2020
#goldenapron2020
#phopbylinimohd

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

20 minit
2 sajian
  1. 4 kepingpastri
  2. 1mangkuk coklat coin
  3. 1biji telur kuning

Cara Memasak

20 minit
  1. 1

    Sediakan bahan² untuk membuat puff coklat iaitu pastri, coklat coin, dan sebiji telur kuning. Saya guna milk chocolate coin jenama beryls dan selalunya saya guna marjerin bukan telur kuning. Tapi suami minta guna telur kuning kali ini.

  2. 2

    Ambil satu pastri, kelarkan beberapa jalur di sebelah bahagian pastri dan letakkan coklat coin di sebelah lagi seperti gambar. Gunakan pastri yang sudah berada dalam suhu bilik supaya bila dikelar tidak pecah dan rapuh.

  3. 3

    Lipatkan pastri menutup coklat coin dan kelarkan semula jalur yang dibuat andai tak terpotong sempurna dari dalam tadi supaya coklat coinnya dapat mencair dengan baik.

  4. 4

    Cantumkan tepi² pastri dengan menekan lembut garfu disekeliling pastri yang perlu dicantum.

  5. 5

    Sapukan telur kuning dibahagian atas pastri agar tampak kekuningan emas pabila masak nanti. Boleh ganti marjerin atau butter andai tak suka rasa dan bau telur. Selalunya saya guna marjerin yang ada dirumah. Cuma kalini suami kononnya nak menolong, dia dah pecahkan telur, tak tahu saya guna marjerin je, jadi terpaksalah guna 😂

  6. 6

    Susun pastri di atas loyang leper yang disapu marjerin andai loyangnya tak anti lekat. Preheat air fryer 160° selama 5 minit. Kemudian bakar pastri yang dah disapu telur tadi pada suhu 180° selama 7 minit. Tak sempat ambil gambar dah siap sapu telur tadi. Suami dah gi masukkan terus untuk dibakar. Gambar pastri kiri bawah ini saya nak tunjukkan rupa pastri yang dah berada disuhu bilik tak merekah. Manakala pastri yang baru keluar peti, jika terus diguna, merekah kerana masih keras.

  7. 7

    Alhamdulillah puff coklat sudah siap untuk dijamu buat keluarga tercinta. Selamat Mencuba 👍🏻

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
🙋🏻‍♀️ CikDanishWorld 😍
pada
❤️ Ku ingin suka memasak.🙈 Masih bertatih masak.💪🏻 Chaiyok Chaiyok.
Baca lagi

Komen (2)

Ashikin Arni
Ashikin Arni @dayangkuashikin
Sy pny pastri tak kembang naik mcm puan pny...kenapa ya?

Resipi Sepertinya