Kacang bersalut crispy

Siti Aminah Yamin
Siti Aminah Yamin @Dapur_SitiYamin
Raub,Pahang

Kisahnya dulu masa kecil ibu sis selalu buat kacang ni sebagai menu raya. Siap berjual lagi masak kat sekolah. Suami & anak pun suka makan. Lagi² mertua.

Kacang bersalut crispy

Kisahnya dulu masa kecil ibu sis selalu buat kacang ni sebagai menu raya. Siap berjual lagi masak kat sekolah. Suami & anak pun suka makan. Lagi² mertua.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 - 2 jam
8 - 10 orang
  1. 1 1/2 kgkacang tanah
  2. 3senduk tepung bistari pedas
  3. 18sudu gula perang
  4. 4-6biji telur (ikut saiz)
  5. 6-8senduk tepung gandum

Cara Memasak

1 - 2 jam
  1. 1

    Siram kacang dengan air. Toskan airnya hingga kering.

  2. 2

    Sis pakai telur gred C. Guna 6 biji telur. Nak kurangkan pun boleh. Kalo pakai gred A..4 biji sahaja ye.

  3. 3

    Gaul telur & gula bersama kacang tadi. Masukkan tepung bistari & tepung gandum sikit². Jika adunan masih melekit tambah tepung gandum sikit².

  4. 4

    Ni yang dah siap digaul rata.

  5. 5

    Panaskan minyak. Goreng atas api sederhana panas. Maaf lupa nak snap pic minyak banyak mana. Cuma pastikan kacang tu tenggelam masa goreng.

  6. 6

    Bila nampak tepung pada kacang bertukar warna,boleh kalihkan kacang..dan tekan perlahan bagi kacang berderai terpisah. Buat perlahan-lahan supaya tepung tidak terpisah dari kacang. Jangan isi banyak sangat kacang sebab bila kacang dah terpisah nanti takut ruang terlalu padat.

  7. 7

    Pastikan kacang betul² masak ye. Sebab ty api tak boleh kuat sangat. Sederhana je..kena rajin kalih kacang tu. Supaya tak hangit & warnanya sekata.

  8. 8

    Dah agak garing keemasan jangan gelap sangat ye.. sedang² je..boleh lah angkat & toskan. Yang tertanggal sikit tu kira halal lah ye. SELAMAT MENCUBA. Boleh juga buat untuk jualan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Siti Aminah Yamin
Siti Aminah Yamin @Dapur_SitiYamin
pada
Raub,Pahang
Surirumah sepenuh masa..Suka masak ikut selera orang lain..tekak sendiri belakang cerita..Sis masak ambik bau je..tak boleh rasa..nanti risau tlajak rasa.. Alhamdulillah anugerah Allah itu memang yg terbaik..ambik bau pun masih dapat memasak untuk orang-orang tersayang.
Baca lagi

Komen (5)

Resipi Sepertinya