Sagu Telang

Banyak pulak bunga telang kembang kat rumah. Dah selalu buat nasi kerabu jadinya kali ni buat sagu telang pulak. Hehe 😁 #goldenapron2020
Sagu Telang
Banyak pulak bunga telang kembang kat rumah. Dah selalu buat nasi kerabu jadinya kali ni buat sagu telang pulak. Hehe 😁 #goldenapron2020
Cara Memasak
- 1
Masukkan air, daun pandan, garam dan bunga telang dalam periuk. Biarkan air mendidih. Bunga telang tu boleh tambah lagi bilangan kuntumnya. Akan jadi lebih biru dan cantik.
- 2
- 3
Bila air dah mendidih, keluarkan hampas bunga telang.
- 4
Masukkan sagu butir halus waktu air mendidih. Tak perlu cuci sagu tu. Terus tuang je.
- 5
Biarkan sagu betul-betul kembang, nampak jernih dan warna putih sagu tu tinggal sikit-sikit je.
- 6
Toskan sagu yg dah kembang sambil alirkan air paip. Kemudian masukkan sagu ke dalam air ais. Biarkan dalam 10 minit supaya sagu tu tadi jadi sebutir-sebutir.
- 7
Toskan lagi sagu tu dan bolehlah dimasukkan ke dalam bekas yg sesuai.
- 8
Sementara itu, sediakan air gula melaka. Pecahkan gula melaka kepada saiz yang kecil. Masukkan dalam periuk. Letak setengah cawan air. Didihkan hingga gula melaka larut.
- 9
Bila nak makan, letakkan sagu dalam cawan, letak gula melaka dan curah susu cair. Nak lagi sedap boleh letak ais. Selamat mencuba 😉
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Sagu Rendam Bunga Telang Sagu Rendam Bunga Telang
#goldenapron#minggukeenamSebenarnya tangan ni dah gatal nak memetik Bunga Telang kembang kat kebun mini.Tapi tak tahu nak dibuat apa.Semalam pergi kedai beli sagu biji.Tengok didapur ada gula Melaka ole-ole dari kawan.Terima kasih Ida,susah2 belikan gula ni😘.”Seperti orang mengantuk disorong bantal”Terus buka langkah bersilat bagai.Maka terhasil sagu rendam Bunga Telang.Belum sempat sejuk lagi Ali dan daddy dah rembat 4 cawan.Untuk menghasilkan sagu yang cantik tanpa ada warna putih didalamnya,didihkan air sehingga betul-betul menggelegak.Masak sehingga benar-benar kembang sambil mengaduk supaya kanji tidak melekat didasar periuk.Jangan lupa penggunaan api jangan terlalu besar. Gyna Elenna -
Sagu Gula Melaka Telang Sagu Gula Melaka Telang
Sagu Gula Melaka enak dimakan sejuk2 Dan dicuaca yg panas.. nikmat sngt..Tapi skrng ne musim dingin tapi tekak teringin nak mkn.. Jadi apa dikisahkan ya.dok😁🤩 Anur Musa -
Sagu Gula Melaka Bunga Telang Sagu Gula Melaka Bunga Telang
81/2022/RoadtoWorldRecipes/1199❤️Kuih For 2❤️ #Misi4 CookRaceWell hakak biasa jadi penutup begini. Dalam mana2 drama Tamil, hero akhir sekali datang🤣🤣🤣. Setelah 17hari cabaran berlangsung, hari ni last day hakak paksa juga diri buat kuih simple2 jela. Sebab memang sejenis tak makan kuih sangat. Kalau teringin, p beli je. Tu pun jarang teringin 😅. Untuk bulan puasa ni, jiran asik hantar kuih je. Jadi itulah faktor tak de masak kuih kat rumah ni 🤭.Namun demi Cookpad tersayang, petang tadi hakak petik bunga telang fresh dari ladang dan dibuat masak dengan sagu. Disebabkan bunga dia banyak, warna dia cantik sangat warna dia ehhh 💙💙💙💙💙. Rasa of cos sedap dah hakak yang masak 🤭😂 Salina Jalaludin -
Air Bunga Telang Air Bunga Telang
#bonusair#goldenapronSemalam buat nasi kerabu, guna bunga telang. Hari ni buat air pulak. Tengahari buta cari bunga telang dan daun pandan. Dapat beberapa kuntum je. Nasib baik jiran sebelah tak nampak. Biasa dia rajin tanya kita masak apa. Yelah..kita kan rajin masak😜.Jom kita lihat resepi air bunga telang. Sesuai sangat minum dikala panas terik ni. Dapat menyegarkan badan. Sarmila Sharif -
Sagu Beronok Bunga Telang Sagu Beronok Bunga Telang
Berbuka ala pantai timur.Akak pilih kuih sagu yang dikenali dengan panggilan sagu beronok.Inspirasi daripada resepi @dapo_cikstrawberry .Simple ja bahan dan cara membuatnya.Akak guna warna biru daripada bunga telang dan kukus sekejap sagu tu. Norashikin Rahmat -
Buah Melaka Bunga Telang Buah Melaka Bunga Telang
#bazaarramadan #goldenapron2020 Ramadan-12: Sukanya tengok doh colour baby blue ala-ala character dalam The Smurfs tu 💙.Harini, saya buat kuih yang simple lagi. Buah Melaka je. Tapi, saya gantikan penggunaan jus pandan dengan air rebusan bunga telang.Bunga telang ni, kalau selalu dikutip, rajinlah dia nak berbunga. Kalau dibiarkan saja, bunga mengering, keluar kekacang & daun pun gugur. Saya selalu kutip 2-3 hari sekali & keringkan. Mudah bila nak guna 😊.Saya rebuskan bunga telang ni dengan sehelai daun pandan supaya lebih wangi. Maklumlah, bunga telang ni tak ada bau & rasa air rebusannya agak 'earthy'. Lepas dah rebus, buah Melaka ni kena terus digaulkan dengan kelapa parut. Kalau tidak nanti dia melekat antara satu sama lain. Kelapa tu pulak, kalau boleh kukuslah dulu. Barulah tak mudah basi. Tapi, kalau kuih ni dibuat lewat petang & makan pun sekali hadap je, tak perlu kukus pun tak apa 😊.#shikinsaerahrecipe #cookbyshikinsaerah Noor Ashikin Saerah -
Nasi Lemak Bunga Telang Nasi Lemak Bunga Telang
💚1559💚💚18/2024💚Bunga telang masih banyak..Misi habiskan bunga tu..Sayang beli 7.50 1pkt tuu..Kuih tai2 dah buat,pulut ikan masin dah buat,lemon telang dah buat nasi kerabu dah buat nasi lemak dah buat,onde2 dah buat,seri muka pulak kot otw 😄 berseri2 laa uitt mamy_kitchen89 -
Taufu Fa Telang Kotak Taufu Fa Telang Kotak
Banyak sangat kutipnbunga telang hari ni, masak semua berkonsepkan bunga telang. Ini salah satunya. Taufu Fa Kotak je tapi pakai bunga telang. Wangi skit bau soyanya. MaRulez Arif -
Agar-agar Sagu Bunga Telang Agar-agar Sagu Bunga Telang
Kalau ada banyak bunga telang boleh cuba resepi ni. Resepi dari FB Faiz Faizal#TeamBerbuka#TeamManisan Wan Muhammad Syafiq ( Syapex Kitchen ) -
Nasi Impit Telang Nasi Impit Telang
399/2021/RoadTo1k/1094❤️Terimalah Bahan Daku Seadanya | Gantian Terbaik (Substitute) ❤️#CookEveryPart3Lama benor rasanya tak update Cookpad ni. Macam-macam hal. Dengan banyak kerja. Lepas tu diuji dengan ayah hakak yang positif covid & kami semua terpaksa kuarantin sebab contact rapat. Actually bukan nak citer yang tu, tu mukadimah je 🤭.Ikutkan resipi asal nak buat dengan bunga telang ni yang bertindak sebagai Gantian Terbaik (Substitute) bagi menggantikan pewarna makanan berwarna biru adalah untuk masak Sagu Bunga Telang. Helok rebus bunga telang, sekali cari sagunya enggak ada 😂 Nak keluar memang tak boleh lah, sebab under kuarantin. Jadi hakak menung kat dapur lama jugak tadi. Apo haa nak direndam dengan air rebusan bunga telang ni untuk dijadikan resipi Cookpad. Dah lah hari ni hari akhir 😅.Tiber terpandang sebekas nasi impit. Terus capai dan masukkan dalam air rebusan bunga telang. Alhamdulillah lega 😮💨. Pastu cek semula peti sejuk kot ada kuah kacang instant, tak dek jugak. Adehh menguji kesabaran sungguh ni 😏 Nak buat macam tak berbaloi untuk makan dengan 3ketul nasi impit. Nasib hakak teringat ada simpan daging masak hitam frozen. Ok settle masalah 😬.Sejujurnya Cookpad ni banyak mendidik hakak secara tak langsung untuk berfikir lebih kritis dalam penyediaan makanan sekiranya sesuatu bahan tiada, apa kita patut buat. Ok lega dah. Selamat menjamu selera. Simple-simple je ni haaa 💙 Salina Jalaludin -
Cara Mewarnakan Sagu Putih menjadi Biru Cara Mewarnakan Sagu Putih menjadi Biru
Tekak tak selera makan selepas demam. Perlukan sesuatu yang tak berminyak dan cuba buka selera. Tak pernah makan sagu bunga telang. Jadi hari ni cuba buat sukatan makan sendiri. Nak kongsi masih tempoh kuarantin kendiri. Cookies Monster 🍪 -
Jus pandan bunga telang Jus pandan bunga telang
Bunga telang banyak tumbuh depan rumah ni, banyak khasiat bunga telang ni lagi² untuk kaum wanita.. buat jus pun sedap minum sejuk² musim panas ni Wawa Anor
Lebih Banyak Resipi
Komen