Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam
2 orang
  1. 1 cawantepung beras
  2. 1sudu besar tepung ubi
  3. 1 cawanair daun pandan atau air biasa jika tiada
  4. 1sudu besar air kapur
  5. 1/4 cawangula
  6. 1/4sudu kecil garam halus
  7. 1/4sudu kecil pewarna hijau
  8. Bahan-bahan Lain
  9. 1/4 cawankelapa parut (bahagian putih sahaja)
  10. 1/4sudu kecil garam halus
  11. 3 helaidaun pandan,disimpul
  12. Acuan kuih lompang
  13. 1sudu besar minyak masak

Cara Memasak

1 jam
  1. 1

    Panaskan air di dalam kukusan dan masukkan daun pandan. Sapukan sedikit minyak masak pada acuan lompang dan ketepikan. Saya menggunakan 8 biji cawan kuih lompang sahaja.

  2. 2

    Masukkan kesemua bahan-bahan untuk kuih lompang ke dalam satu mangkuk besar. Kacau rata dengan pemukul ('whisk') hingga sebati dan pastikan gula telah hancur. Tapiskan adunan.

  3. 3

    Nota= untuk membuat air pandan, kisar 7 helai daun pandan dengan 1 1/2 cawan air masak. Tapiskan air itu. Tetapi jika tiada bahan, kita boleh gunakan air biasa sahaja.

  4. 4

    Sudukan adunan tadi ke dalam acuan kuih lompang. Jangan tuang sampai penuh acuan. Dalam 85% sahaja. Kukus selama 20-25 minit.

  5. 5

    Sepanjang proses kukusan, gunakan api yang besar dan jangan buka tudung kukus untuk mengelakkan lesung pipit pada kuih lompang terbantut.

  6. 6

    Sesudah masak,sejukkan dahulu dan barulah dikeluarkan daripada acuan.

  7. 7

    Hidangkan dengan kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam. Siap.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Zareena Shahmarudin
Zareena Shahmarudin @InaShahmarudin
pada
Shah Alam Selangor
Minat memasak
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya