Spaghetti Masak Kacang Hitam Style Baba

Ahmad Mustaffa Kamal Drahman
Ahmad Mustaffa Kamal Drahman @Mustaffa_Kamal

Malam ni 2 Zul Qa’idah 1442H bersamaan 12 Jun 2021M teringin sangat-sangat nak makan “jjajangmyeon” tapi tak tahu nak masak macam mana.
So Baba masak jer ikut cara sendiri, janji boleh makan dan sedap pada tekak Baba.
Jadi jom kita ke dapur.

Spaghetti Masak Kacang Hitam Style Baba

1 orang bercadang membuatnya

Malam ni 2 Zul Qa’idah 1442H bersamaan 12 Jun 2021M teringin sangat-sangat nak makan “jjajangmyeon” tapi tak tahu nak masak macam mana.
So Baba masak jer ikut cara sendiri, janji boleh makan dan sedap pada tekak Baba.
Jadi jom kita ke dapur.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

45 minit
7-8 orang
  1. 1peket spaghetti (500 gram)
  2. 250 gramdaging cincang
  3. 3 ulasbawang putih dicincang
  4. 2biji bawang Holland dicincang
  5. 1mangkuk sayur campur
  6. 2 helaikubis panjang dipotong-potong
  7. 3sudu besar pes jjajang (kacang hitam)
  8. 3sudu besar tomato puri
  9. 2senduk kicap lemak manis
  10. 1/2kiub pati ayam maggi
  11. Secubit garam
  12. 100 mlair

Cara Memasak

45 minit
  1. 1

    Rebus spaghetti hingga masak kemudian toskan.

  2. 2

    Tumis bawang Holland & bawang putih yg dicincang tadi hingga wangi. Kemudian masukkan daging cincang dan masak sehingga separuh masak.

  3. 3

    Setelah itu masukkan tomato puri & pes jjajang. Masak seketika (2-3 minit) Seterusnya masukkan sedikit garam dan kicap lemak manis.

  4. 4

    Kemudian masukkan sayur campur dan kubis panjang yg telah dipotong. Masak sehingga semua sayur layu.

  5. 5

    Sekiranya tumisan tadi agak pekat, masukkan sedikit air (100 ml) dan kacau-kacau sehingga sedikit pekat. Seterusnya masukkan spaghetti dan gaulkan sehingga sebati.

  6. 6

    Setelah mesra bolehlah angkat dan hidangkan.
    Selamat mencuba.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Ahmad Mustaffa Kamal Drahman
pada

Komen

Resipi Sepertinya