Roti Jala Kekwa | Super Easy

MinSha
MinSha @sasha_sabrina
Miri, Sarawak

Apa beza Roti Jala Kekwa & Roti Jala Succulent? Beza pada gulungan je. Kalau Succulent belah flat di dalam, Kekwa lak bahagian flat di luar.

Lawak sungguh kenangan nak shoot video sekotak mini garden ni. Dia mengingatkan MinSha yang aturan Allah ni cukup indah and setiap kejadian tu ada hikmah. Kadang kita kecewa sebab dah usaha sehabis baik, tapi masih tak dapat apa yang kita nak. Rupa-rupanya tak dapat kerana nak elak musibah menimpa diri. Nampak serious kan cerita MinSha ni? 😅

Sebenarnya cerita tentang botol roti jala je. Botol tertinggal > Ribut & hujan lebat > GoGetter runner salah job > Kedai dah tutup. Punya la susah hati sebab memang kena shoot video malam tu sampai props berkotak2 sampai tapi takde hati nak bukak. Bila dah terima hakikat memang tak dapat menjala malam tu, baru la bukak kotak parcel satu2. Allahu! Botol yang order dari penang dah sampai!!! Padahal baru order semalam. Ingatkan minggu depan baru sampai. Tengok status sopipi pun masih otw. Terus terduduk menangis sambil gelak ingat balik peristiwa satu hari ni. Kalaulah dari awal redha, mungkin dah settle shoot video by now.

Hebat kan Roti Jala! Dapat bagi pengajaran hidup lagi. Simp-LY marvelous! 🥰💕

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

2 jam
3x 350ml Bottle + 1x 50ml Bottle
  1. Masuk Dlm Blender Ikut Turutan
  2. 1 cawanSusu Cair
  3. 2 cawanAir
  4. 1biji Telur
  5. 1 sudu tehGaram Himalaya @ 2 sudu kfc
  6. 3 cawanTepung Gandum
  7. 2sudu besar Minyak Masak
  8. Pewarna Gel
  9. Merah, Hitam, Hijau

Cara Memasak

2 jam
  1. 1

    Masukkan semua ramuan ikut turutan di atas

  2. 2

    Letak 1 titik pewarna dan mix sebati. Kalau tak cukup tambah sikit2. Pewarna gel sangat terang. Kalau tak suka pewarna boleh skip ☺️.

  3. 3

    Masukkan adunan ke dalam botol 3 corong seperti ini

  4. 4

    Picit secara melintang. Kemudian picit dan bawah ke atas. Masak atas api paling perlahan.

  5. 5

    Bila dah nampak kering, tolak lembut roti jala tu. Kalau senang tolak, cepat2 angkat dan letak atas pinggan.

  6. 6

    Pastikan bahagian “flat” di luar dan gulung sampai habis. Boleh letak 2-3 layer kalau nak nampak gebu.

  7. 7

    Susun dalam bekas & hidang bersama susu manis pun sedap!

  8. 8

    Untuk bentuk rose, buat garisan melintang kemudian buat huruf “n”. Gulung sampai habis.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
MinSha
MinSha @sasha_sabrina
pada
Miri, Sarawak
🍒 Cepat, Mudah & Fuss-Free🍒 Chinese & Japanese Food Lover🍒 Dessert Enthusiast
Baca lagi

Komen (24)

Bunn Zaini
Bunn Zaini @bunnzaini
Wahhh! Boleh cuba ni. Dah lama saya tertanya tanya macam mana nak gulung sampai jadi flower. Cantik sangat 😍 #love

Resipi Sepertinya