Sardin Homemade By Qleena

Q'leenalee's Kitchen
Q'leenalee's Kitchen @airtangan_ummirizqi
Kota Kinabalu

Mesti ramai yang menggemari Sardin kan. Dan mesti juga ramai yang beli stok sardin yang banyak dirumah supaya senang nak masak apa2 menu di masa pkp kan. Bukan senang2 kita nak keluar ke kedai selalu.Tapi harga sardin pun mahal sekarang .
Dari dulu lagi saya memang suka buat sardin sendiri.Saya beli ikan basung/selayang yang segar buat sardin untuk stok dirumah.Ia lebih sedap dan terjamin kebersihannya.
Kena dengan Tema challenge minggu ini "Masak Apa Homemade? Saya kongsikan resepi Sardin Homemade kegemaran saya sejak bertahun2 lamanya.Sardin homemade ini saya tidak letakkan cili atau bawang besar. Saya buat sardin dalam sos Tomato sama seperti sardin dalam tin yang dibeli dikedai.Bila nak makan barulah dimasak menu apa yang digemari.Boleh masak gulai sardin, sambal sardin, kerabu sardin ataupun dimakan begitu sahaja kerana sardin ini sudah dimasak dengan tempoh yang sangat lama sehingga tulang ikan lembut.
Jom kita tengok resepi Sardin homemade ini.. 👇

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

3Jam
seisi keluarga
  1. 1 kgikan Basung/ikan selayang/ikan sardin
  2. 1 botolbesar sos Tomato Life(685g)
  3. 1 tinbesar tomato puri-(430g) Brand apa pun boleh
  4. 1 literair atau lebih
  5. 5 ulasbawang putih
  6. 5 ulasbawang merah
  7. 2 incihalia
  8. 3 sudu besarminyak masak untuk menumis
  9. 1 sudu besargaram(sudu plastik putih kfc)
  10. 2 sudu besargula

Cara Memasak

3Jam
  1. 1

    Buang kepala dan perut ikan basung Cuci bersih dan toskankan.

  2. 2

    Bawang putih, bawang merah dan halia ditumbuk halus.Boleh juga di blender halus.Saya tumbuk je perlahan2 didapur. Kalau guna blender nanti hero kecik bangun tak jadi kerja. 😃

  3. 3

    Sos Tomato dan tomato puri yang diperlukan.Tak kisah brand apa pun. Tapi nak sedap saya biasa guna sos tomato Life.

  4. 4

    Panaskan minyak, tumis bahan yang ditumbuk halus sehingga wangi dan kekuningan. Masukkan tomato puri dan sos tomato kacau sebati dan masak hingga pecah minyak dengan api yang perlahan.

  5. 5

    Bila, sudah pecah minyak masukkan garam, gula,air dan ikan.

  6. 6
  7. 7

    Tutup periuk dan biarkan ia masak dengan kadar api yang sangat perlahan (mereneh)selama 2 hingga 3 jam sampai kuah menjadi pekat.Sesekali hendaklah diaduk perlahan supaya tidak hangit di bahagian dasar periuk.Proses ini adalah bertujuan untuk melembutkan tulang ikan.Bila sdh betul2 pekat bolehlah padamkan api dan sejukkan sebelom disimpan dalam bekas kedap dan simpan dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
    Dan sudah boleh dimasak utk menu sardin pilihan anda.

  8. 8

    Tips:
    1.Masak mesti dengan api yang sangat perlahan (teknik mereneh) Jika masak atas dapur biasa atau multy cooker.Ia Bertujuan melembutkan tulang ikan sardin.
    2.Dikacau sesekali untuk elak daripada hangus didasar periuk.
    4.Boleh juga dimasak dalam presure cooker seperti Noxxa dan sebagainya.
    5.Simpan sardin dalam bekas kecil mengikut kuantiti yang dikehendaki untuk sekali masak sahaja,ia mengelakkan yang lain dri cepat rosak.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Q'leenalee's Kitchen
Q'leenalee's Kitchen @airtangan_ummirizqi
pada
Kota Kinabalu
🍝🍤🥣🍹🍠🍢☕🥟🍜🍨🍩🍿🍜💖Memasak adalah Hobi saya💖Ia satu Pengalaman yang sangat menyeronokkan.Ia satu kepuasan.Ia satu kebanggaan pada diri bila menghasilkan satu2 resepi dan masakan yang sedap dan menarik.Ia juga Therapy...Buatkan Hati Jadi Happy💖💜💖
Baca lagi

Komen (21)

Siti Hanifah
Siti Hanifah @sitihaminah
Masuk list nak try buat stock sendiri. Tqvm

Resipi Sepertinya