👩‍🍳Telur Dadar Taugeh Hijau🍳

Mahadiah
Mahadiah @dapurdee
Kuala Lumpur, Malaysia

Bahan Layu di Tasik Madu (Rescue What's Dying) #CookEveryPart1
#WorldFoodDay

Bahan yang nak diselamatkan ialah “taugeh hijau”🤗. Taugeh hijau sudah seminggu didalam peti ais.Tak boleh tangguh lagi untuk memasaknya kerana ada daun sudah mula kuning dan kecut. Terpaksa pilih yang elok sikit untuk digoreng dengan telur.

Resipi ringkas telur dadar tapi kali ini fokusnya ialah Taugeh hijau yang dimasukkan agak banyak ke dalam campuran telur; dimasukkan juga yogurt.

Telur Dadar Yogurt dengan Taugeh hijau💪

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

20 minit
4 orang
  1. 1mangkuk taugeh hijau
  2. 2-3biji telur
  3. 1sb yogurt
  4. 1/4labu bawang besar- cincang
  5. 1/2st garam
  6. 1/2st serbuk lada sulah
  7. 1/2st mushroom seasoning (optional)
  8. 2biji cili padi- hiris nipis serong
  9. Minyak untuk menggoreng

Cara Memasak

20 minit
  1. 1

    Sediakan bahan2.

    Basuh bersih taugeh hijau.

    Kocok telur dengan yogurt, garam dan serbuk lada sulah. Ketepikan.

  2. 2

    Panaskan minyak; masukkan bawang dan cili padi. Tumis hingga bawang layu.

    Masukkan taugeh hijau. Kacau sebati. Tambahkan mushroom seasoning. kacau sebati sehingga taugeh layu sedikit.

    Ratakan taugeh selapisan memenuhi kuali.

  3. 3

    Tuang campuran telur rata2 menutupi taugeh.Perlahankan api.

    Terbalikkan apabila sebelah sudah keperangan.

    Sedia untuk dihidang dengan nasi.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Mahadiah
Mahadiah @dapurdee
pada
Kuala Lumpur, Malaysia
👩‍🍳 Cooking is an expression of love & creativity❤️🏠🍽 Join Cookpad since 7/6/2021❤️
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya