Pancake Gebu Gegerl

Sesimple Loralin
Sesimple Loralin @Uchu
Pahang, Malaysia

Lama dah gegerl buat pancake gebu gebas ni ikut resepi kak Aznie. Masa ni Uchu penat sangat sebab baru je balik dari bercuti, tak larat betul nak sediakan makanan kudapan anak-anak. Bercuti 3 hari, penatnya berhari2!🤣

Bila gegerl Uchu minta buatkan pancake, Uchu termenung jap nengok muka dia kasihan, tapi mmg rasa penat sangat. Jadi Uchu tanya gegerl Uchu, boleh tak kalau masak sendiri, follow resepi acik Aznie kat cookpad? Dia kata boleh sebab kesian nengok ummi penat melepek, tq cayang sangat lah memahami..😘

Uchu terus share link ke hp dia. Nengok2 dah siap anak Uchu bawak keluar..hehe..teruja Uchu nengok, hasilnya tak macam budak bawah umur yang buat! Maknanya mmg wajibcooksnap lah resepi kak aznie tu. Anak Uchu pun boleh buat, takkan org lain buat tak jadi pulak kan? Ini bukan first time gegerl Uchu follow buat resepi kak Aznie, ada beberapa kali resepi lain juga. Satu2nya cookpader yg anak Uchu familiar ialah kak aznie selain umminya..hehe.

Macam biasa, kalau gegerl yang masak, tamo dia tlg amik gambar langkah-langkah..haha

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1 bijitelur
  2. 1 1/2 sudu besargula
  3. 1 cawansusu cair/susu segar
  4. 1 sudu tehbaking powder
  5. 1 sudu besarminyak masak
  6. 1 sudu tehesen vanila
  7. 1 1/2 cawantepung gandum

Cara Memasak

  1. 1

    Pukul gula dan telur sampai sebati sahaja. Guna garfu atau whisk.

  2. 2

    Masukkan minyak masak, esen vanila, susu dan baking powder. Kacau sebati.

  3. 3

    Masukkan tepung dan kacau sebati. Rehatkan adunan selama 5 minit.

  4. 4

    Panaskan non stick pan. Tuangkan satu senduk kecil adunan. Apabila permukaan pancake dah nampak lubang-lubang udara, terbalikkan. (Kawal api, kecil)

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Sesimple Loralin
pada
Pahang, Malaysia
Saya simpan resepi koleksi peribadi,kongsi resepi, perhati,belajar & cuba resepi di Cookpad😊 ⬇️⬇️⬇️Memasak dan membaking menjadi satu keseronokkan dan terapi untuk Uchu ✌️👍.Ada resepi sesimple dan ada juga resepi terlihat complicated...🤣 selalunya yang simple itu sedap, ada masa kena bersusah sikit untuk sedap. Ape2pun, yang baik dan enak itu datangnya dari Allah, yang kurang itu datangnya dari kelemahan Uchu sendiri..dengan rasa rendah diri..salam kenal dan selamat mencuba!
Baca lagi

Komen (4)

Sesimple Loralin
Sesimple Loralin @Uchu
Hehe resepi acik aznie, opkos la menjadik..tq kak..

Resipi Sepertinya