Cara Siang Ikan Cencaru & Extra Tips Cara Buang Kulit Kasar

[Week 4] IKAN CENCARU #AnyOneCanCookFish
Ini cara saya siang ikan cencaru. Bagi yang nak buat cencaru bakar/goreng belah belakang sumbat sambal selalu nya tak perlu pun buang kulit kasar tu. Cukup sekadar buang insang, perut dan sirip-sirip ikan sahaja (skip step 1-3). Bagi yang nak buat masak asam pedas/kari/masak sambal dan sebagai nya boleh la dibuang kulit kasar tu (ikut kehendak masing-masing).
Cara Siang Ikan Cencaru & Extra Tips Cara Buang Kulit Kasar
[Week 4] IKAN CENCARU #AnyOneCanCookFish
Ini cara saya siang ikan cencaru. Bagi yang nak buat cencaru bakar/goreng belah belakang sumbat sambal selalu nya tak perlu pun buang kulit kasar tu. Cukup sekadar buang insang, perut dan sirip-sirip ikan sahaja (skip step 1-3). Bagi yang nak buat masak asam pedas/kari/masak sambal dan sebagai nya boleh la dibuang kulit kasar tu (ikut kehendak masing-masing).
Cara Memasak
- 1
Seperti biasa gunting/potong sirip-sirip yang ada. Ada lubang bukaan di bawah sirip yang bertanda bulat di bawah. Tusuk hujung gunting (jangan dalam sangat ye) dan gunting ikut arah panah dengan berhati-hati.
- 2
Kemudian, gunting ikut alur belakang dan alur bawah perut ikan seperti gambar di bawah dengan berhati-hati. (Jangan dalam sangat ye)
- 3
Kupas sedikit kulit nya, dan tarik dengan berhati-hati (kena ada kesabaran di situ) tarik hingga habis ke hujung ekor seperti di dalam gambar di bawah, potong hujung nya. Jika nak potong terus ekor tu pun boleh juga (ikut suka).
- 4
Jika nak bakar/goreng sahaja skip step di atas tetapi sirip-sirip nya perlu dibuang (ikut suka). Gunting bahagian bawah insang seperti gambar di bawah dan potong insang ikan dan tarik keluar.
- 5
Belah perut ikan secara menegak dari garisan bawah mulut ikan sampai ke titik tengah (pusat). Kalau nak mula dari titik tengah ke mulut pun boleh. Ikut keselesaan. Kemudian, buang segala organ dalaman ikan. Itu lah tulang duri (tulang perdah) seperti di dalam gambar kanan hujung. Potong ikut arah anak panah seperti di dalam gambar.
- 6
Gunting/potong ikut arah anak panah seperti di dalam gambar di bawah dan buang tulang duri tersebut. Cuci bersih dan ikan nak potong bagi kecil boleh dipotong dua atau tiga bahagian. Tak nak potong pun boleh ikut suka masing-masing. Sedia untuk dimasak.
Resipi Sepertinya
-
Tips menyiang ikan cencaru Tips menyiang ikan cencaru
Ikan cencaru sejenis ikan yang kulit luar nya keras. Sedap dimasak apajua jenis hidangan . Masak sambal , bantut , goreng , masak asam , masak kicap atau dibakar. Malah sedap juga direbus kosong dan dicicah sambal cili kicap.Ada yang masak terus dengan kulit, ada yang siat dulu kulit luar sebelum masak.Bergantung jenis masakan dan penyediaannya.#AnyOneCanCookFishWeek4 Ziana Chesaad -
Cara Siang Ikan Selar Cara Siang Ikan Selar
[Week 1] IKAN SELAR #AnyOneCanCookFishNi cara mudah saya siang ikan terutama ikan-ikan yang bersaiz kecil dan sederhana. Semoga dapat membantu adik-adik yang baru belajar menyiang ikan dengan cara mudah je. Dapur Yusfarisyia -
Bantut nyior ikan cencaru Bantut nyior ikan cencaru
Rezeki hari ni...Kita masak ikan Cencaru sumbat.Kalau orang utara cakap ikan bantut.Selain dari sumbat dgn sambal , ikan cencaru juga sedap disumbat dgn nyior atau kelapa.Ada 2 cara penyediaannya samaada dibakar atau digoreng garing.Ziana lebih suka digoreng kerana kulit dan isi ikan sedikit rangup. Nyior juga tidak terlalu kering.#AnyOneCanCookFishWeek4 Ziana Chesaad -
Cara Siang Ikan Kembung ✂️🔪🐟 Cara Siang Ikan Kembung ✂️🔪🐟
[Week 2] IKAN KEMBUNG #AnyOneCanCookFishIni cara saya yang sangat mudah untuk menyiang ikan kembung. Semoga bermanfaat untuk adik-adik atau anak-anak yang baru belajar menyiang ikan kembung dan seangkatan dengan nya. Dapur Yusfarisyia -
Cencaru Bakar Garam Kunyit Cencaru Bakar Garam Kunyit
125/2022/RoadtoWorldRecipes/1243❤️ [Week 3] IKAN CENCARU ❤️ #AnyOneCanCookFishDari mula tema ikan ni bermula, resipi hakak selalu jadi resipi penutup cabaran😅. Kali ni bagi ler can hakak rasmi cabaran terakhir bertemakan ikan cencaru ni 😆.Ikan cencaru ni turut dikenali sebagai ikan jaket sebab mempunyai kulit yang tebal. Ada sesetengah orang buang kulit tu masa siang ikan ni. Ada yang biarkan sahaja kulitnya. Macam hakak of cos kubiarkan aja🤭. Reasonnya jika berkulit tebal sebegini, ketika dibakar. Risiko nak hangit tu rendah sikit dan isinya lebih juicy serta tidak terlalu kering ☺️.Cencaru ni hakak biasanya buat bakor letak garam kunyit je. Simple2 aja resipinya. Untuk bagi aroma dia wangi, biasanya hakak balut dengan daun pisang. Untuk pelengkap hidangan ikan bakar. Cicah sahaja dengan air asam. Senang dan mudah kan. Adakalanya yang ringkas sebeginilah yang membuka selera 😋🤤 Salina Jalaludin -
Cara Kenal Ikan Cencaru Cara Kenal Ikan Cencaru
[Week 4] IKAN CENCARU #AnyOneCanCookFishIkan Cencaru (bahasa Inggeris: Torpedo Scad) Di sesetengah tempat ia turut dipanggil sebagai ikan jaket dan ikan keras ekor.Sementara cencaru bersaiz besar lazimnya melebihi berat 1kg ia mendapat jolokan nama cencaru kuda. Cencaru kuda itu amat sinonim dengan klasifikasi keluarga ikan jack dan horse mackerel.Panjang Ikan Cencaru sehingga 80 sentimeter (2 kaki 7 inci), dan beratnya sehingga 4 kilogram.Ia mudah dikenal pasti oleh kedua-dua badan berbentuk ‘torpedo’ dan satu siri sirip yang tersembunyi di bahagian belakang sirip dorsal dan dubur. Dapur Yusfarisyia -
Ikan Cencaru Sumbat Sambal Ikan Cencaru Sumbat Sambal
#goldenapron2020Kami sekeluarga sangat suka kan ikan cencaru. Tambahan pula kalau di sumbat dengan sambal. Bertambah-tambah makan nasi masing-masing. Bau sambal dan daun kunyit memang menambat selera. Syima Yusof -
Ikan Cencaru Belah Belakang Ikan Cencaru Belah Belakang
Bila beli ikan cencaru mesti belah belakang untuk di letakkan inti atau sambal.Resepi ikan cencaru belah belakang memang resepi wajib keluarga Kak Long. Caranya dengan menyumbat inti sambal di dalam perut ikan dan belakang ikan cencaru. Nana Isya -
Kenali Ikan Cencaru Kenali Ikan Cencaru
💚837💚💐257/2022💐#AnyOneCanCookFish#Week4#IkanCencaruJuga dikenali ikan caru, ikan jaket ikan kho'ngea(belah pantai timur)Ikan yang berkulit keras..pastikan masak sedikit lama,sebab kulitnya hangus belum tentu isi nya masak..Sesuai untuk dijadikan ikan masin,ikan jeruk dan lain-lain..Ikan Cencaru berwarna kelabu kebiru-biruan hingga hijau pada bahagian dorsal, dan silver pada bahagian bawah. Operkulumnyamempunyai bintik hitam yang besar, dengan sirip yang berwarna gelap.Panjang Ikan Cencaru sehingga 80 sentimeter (2 kaki 7 inci), dan beratnya sehingga 4 kilogram. Ikan ini mempunyai 7 - 9 sirip kecil yang berasingan pada bahagian belakang ridip dan sirip duburnya.Ikan Cencaru (Torpedo Scad) merupakan sejenis ikan karnivor air terbuka tropika yang suka berkelompok di kawasan-kawasan pantai Indo-Pasifik Barat, dari Afrika Timur sehingga Jepun dan Australia. Taburannya antara 47° U - 22° S, dan 40° T - 156° T. Ikan ini hidup antara 20 - 100 meter dalam di kawasan payau yang mempunyai terumbu.Ikan Cencaru mempunyai nilai komersil yang tinggi. Nama sainsnya Megalaspis cordyla.Sumber : google mamy_kitchen89 -
👩🍳Ikan Selar- Cara Siang✂️🔪🐟 👩🍳Ikan Selar- Cara Siang✂️🔪🐟
[Week 1] IKAN SELAR #AnyOneCanCookFish🐟Cara kenal ikan selar:Ikan selar (Yellowtail scad)merupakan antara jenis ikan yang banyak dijumpai di laut Asia Tenggara.Ia agak mudah dikenali dan juga mudah didapati dipasar2. Untuk mengenali jenis2nya, hanya perlu google ‘image’-‘ikan selar’, maka beratus gambar akan keluar😂. Ikan ini bukan sahaja mudah didapati, harganya pun berpatutan.🔪✂️Cara siang ikan selar:Ikan selar banyak asesori (sirip2 dan sisik) sehingga ada yang kurang ambil berat untuk membuangnya. Tetapi arwah emak ada memberikan panduan untuk menyiang ikan selar sehingga sempurna, barulah dimasak. Memang daripada arwah lah saya belajar menyiang ikan selar (bukan dari google atau seumpamanya🤗). Bila lihat cara menyiangnya, agak mengambil masa berbanding dengan ikan2 lain.Kalau nak cepat, boleh saja skip cara2 tersebut tapi buang insang dan buang tulang perdah (bentuk Y) jangan ambil ringan☑️♨️Cara masak atau proses:Ikan selar sering dimakan dalam pelbagai jenishidangan; paling biasa disediakan denganmenggoreng sahaja (lumur garam kunyit) untuk dimakan dengan nasi putih. Ikan selar juga selalunya digoreng dahulu; kemudian dijadikan Ikan Goreng Masak Sambal, Ikan Goreng Masak Kicap, Ikan Goreng Masak Taucu serta beberapa resepi lagi. Ikan ini juga sering dimasak kari,Masak Lemak Cili Padi atau Masak Lemak Ikan Selar yang memang menyelerakan.Jom satu minggu memasak ikan selar menyahut cabaran Cookpad🤗👋💪*Harga ikan selar RM18.90 /kgResipi 239/2022 Mahadiah -
Cencaru Bakar Belah Belakang Cencaru Bakar Belah Belakang
Ada macam-macam style cencaru belah belakang ni.Ada yang sumbat dengan sambal kelapa, sambal tumis @ cabai tumbuk. Boleh juga dibakar @ digoreng. Tak kisah lah mana-mana asal kena dengan selera kita.Kali ni akak share cencaru belah belakang yang disumbat dengan sambal tumis simple. Norashikin Rahmat -
Cara Siang ikan Kembung Cara Siang ikan Kembung
Ni cara Aznie siang ikan kembung. Tip--- jika kita nak goreng dahulu ikan kita boleh belah dahulu perut ikan. Tapi jika nak buat gulai tak digalakkan belah perut sebab ikan kembung ni dia lembut. Hancur pulak isi ikan nanti tak cantik. Aznie Khasri
Lebih Banyak Resipi
Komen