👩‍🍳Ayam Panggang Teriyaki

Mahadiah
Mahadiah @dapurdee
Kuala Lumpur, Malaysia

Sos teriyaki secara asasnya ialah gabungan kicap, cuka, gula, halia dan beberapa pilihan bahan lain.
Selalunya saya menggunakan sos teriyaki yang sedia ada di pasaran tetapi kali ini guna campuran bahan teriyaki yang sedia ada di dapur.

Golden Apron Week 15
Week 15 (16 hingga 22 Oktober):
1. Pomelo
2. Konnyaku Jelly
3. SOS TERIYAKI
4. Sotong Kering
5. Mee + Bayam

#GoldenApron2023
#pejuang2KResipi
#Week15
#SosTeriyaki

1694/2K

👩‍🍳Ayam Panggang Teriyaki

Sos teriyaki secara asasnya ialah gabungan kicap, cuka, gula, halia dan beberapa pilihan bahan lain.
Selalunya saya menggunakan sos teriyaki yang sedia ada di pasaran tetapi kali ini guna campuran bahan teriyaki yang sedia ada di dapur.

Golden Apron Week 15
Week 15 (16 hingga 22 Oktober):
1. Pomelo
2. Konnyaku Jelly
3. SOS TERIYAKI
4. Sotong Kering
5. Mee + Bayam

#GoldenApron2023
#pejuang2KResipi
#Week15
#SosTeriyaki

1694/2K

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30 minit
4 orang
  1. 2 kepingdada ayam- bersihkan
  2. Bahan Sos Teriyaki:
  3. 1/4 cawankicap cair*
  4. 2 sudu besarcuka*
  5. 1 sudu besarparutan halus halia*
  6. 1 sudu besargula*
  7. 2 sudu besarminyak bijan
  8. sedikitminyak masak
  9. bijan putih-hiasan
  10. daunbawang-hiasan
  11. cili merah-hiris

Cara Memasak

30 minit
  1. 1

    Bersihkan dada ayam, hiris memanjang setebal anggaran 1/2 inci

    Dalam mangkuk, gaulkan dada ayam bersama sos Teriyaki: Campuran kicap cair, cuka makan, parutan halia, minyak bijan dan gula. Perap selama 15 -20 minit.

  2. 2

    Panaskan sedikit minyak dalam kuali grill. Susun ayam di dalam kuali.
    Ketepikan sos perapan kerana akan dimasak kemudian.

    Biarkan ayam masak sebelah bawah dengan sedikit tanda grill, kemudian bakar sebelah lagi. Guna api sederhana.
    Angkat setelah ayam masak. Susun dalam pinggan.

  3. 3

    Dalam periuk kecil, masak sos perapan tadi sehingga mendidih dan sedikit pekat. Tambah sedikit air jika kuah terlalu kering.

    Tuang sos ke atas ayam tadi. Taburkan bersama bijan yang disangai, daun bawang dan cili.

    Hidang bersama nasi putih panas.
    Dan ‘side dish’- Grilled Broccoli

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Mahadiah
Mahadiah @dapurdee
pada
Kuala Lumpur, Malaysia
👩‍🍳 Cooking is an expression of love & creativity❤️🏠🍽 Join Cookpad since 7/6/2021❤️
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya