Biskut Suji

Noor Atika Mahamood
Noor Atika Mahamood @atika_mahamood
Muar, Johor

Teringin sangat nak makan biskut suji. Search kat cookpad jumpa resepi senang dari @nur_shazrina guna 3 bahan je.
Dah la senang, sedap pulak tu. Lemak-lemak manis. Masa tengah bakar, bau dia semerbak. Bahan-bahan pun ada, apa lagi.. kasi onz la...

Alang-alang tengah cuti sekolah ni. Hari ni pula adalah hari ketiga Emir berkhatan. Daripada duduk-duduk saja tak buat apa, baik ibu buat biskut ni, ada juga kudap-kudap sedap untuk santapan anak-anak. Al maklum lah, ibu dah lama sangat tak buat kuih 🙏🙏

Hope lepas ni ibu lebih rajin masak dan buat kuih 🥳🥳🥳

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 2 cawantepung gandum (sangai dulu)
  2. 1 cawanminyak sapi
  3. 1 cawangula kaster

Cara Memasak

  1. 1

    Gaulkan minyak sapi dan gula kaster.

  2. 2

    Masukkan tepung gandum.

  3. 3

    Uli hingga sebati dan tidak melekat di jari.

    Sukat menggunakan sudu seperti di dalam gambar.

  4. 4

    Bulat-bulatkan dan susun di atas tray pembakar.

  5. 5

    Bakar pada suhu 170°c selama 20 minit.

    **Ibu guna oven Milux 100liter**

    ~Sila bakar ikut oven masing-masing, kerana suhu setiap oven berbeza-beza~

    Bila telah siap bakar, sejukkan dahulu. Kemudian salutkan pula dengan gula kaster.

  6. 6

    Siap untuk dihidangkan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Noor Atika Mahamood
Noor Atika Mahamood @atika_mahamood
pada
Muar, Johor
Make Everyday Cooking Fun 👩🏻‍🍳🥳
Baca lagi

Komen

ٱشپزی بانو
ٱشپزی بانو @leila56
نوش جان عزیزم . شیرین کام باشید🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

Resipi Sepertinya