Ayam Masak Bali

Dapur Yusfarisyia
Dapur Yusfarisyia @gula_apong
Sarawak, Malaysia

Resipi dalam draf juga.
Cooksnap daripada adik @ThahWatermelon85. Saya sengaja buat berkuah sedikit kerana suami dan anak-anak suka yang berkuah.

Ayam Masak Bali

Resipi dalam draf juga.
Cooksnap daripada adik @ThahWatermelon85. Saya sengaja buat berkuah sedikit kerana suami dan anak-anak suka yang berkuah.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1/2 ekorayam - salut dengan serbuk kunyit dan garam
  2. (Bahan-bahan bertanda * dikisar halus)
  3. 3 bijibawang besar*
  4. 6 ulasbawang putih*
  5. 1/2 incihalia*
  6. 1/2 ibu jaribelacan*
  7. 5 sudu besarcili kering kisar*
  8. 1 cawanair*
  9. 4 batangserai - diketuk
  10. 3 pelepahdaun kari
  11. 1/2 cawankicap manis Mashuri
  12. 1 1/2 sudu besargula @ secukup rasa
  13. 1 sudu kecilgaram @ secukup rasa

Cara Memasak

  1. 1

    Sediakan semua bahan. Salut ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng separuh masak, ketepikan.

  2. 2

    Tumis serai dengan sedikit minyak goreng ayam tadi hingga keperangan. Kemudian, masukkan daun kari dan tumis hingga garing. Masukkan bahan kisar, tumis hingga pecah minyak dan garing.

  3. 3

    Seterusnya, campur sos cili dan kicap. Perasakan dengan gula dan garam. Kacau hingga pecah minyak lagi dan mendidih. Masukkan ayam, kacau sebati dan kuah agak kering. Kalau kering-kering lagi sedap tapi saya buat berkuah pekat kerana suami dan anak-anak suka yang berkuah.

  4. 4

    Sedia untuk dinikmati dengan nasi putih.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Dapur Yusfarisyia
pada
Sarawak, Malaysia
Mama kepada 2 orang anak. Suka memasak, mencuba resipi yang baru. Suka fotografi yang simple-simple je, menjahit dan berkebun yang kecil-kecil je. Saya simpan resipi-resipi saya di sini untuk rujukan saya dan anak-anak saya, juga dikongsikan bersama cookpaders semua. Belajar daripada rakan-rakan cookpaders yang lain tentang resipi-resipi yang tak pernah saya buat sebelum ini. 😉🧡“No one is born a great cook. One learns by doing.”
Baca lagi

Komen (2)

Nor Al Fatihah
Nor Al Fatihah @ThahWatermelon85
Terima kasih kak Cooksnap resepi ayam Masak Bali..dap3 😋👍

Resipi Sepertinya