Cheewy Cheezy Ball

Dunia Hanya Sementara Fy
Dunia Hanya Sementara Fy @yatiefy
Bandar Baru Salak Tinggi

#GlobalApron2024
#BlackPepper
#Keju
#OliveOil
#Kentang
#Mentega
Bebola Cheese ni sangat sedap.Buatnya juga mudah dan ringkas.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 4 bijikentang
  2. 1 3/4 cawantepung gandum
  3. 1 sudu besarmentega
  4. 1/2kiub ayam
  5. Secubitblack pepper
  6. 1 sudu kecillada sulah
  7. Secubitgaram
  8. 2 cawanminyak
  9. 1/4 cawanolive oil
  10. 250 gkeju block
  11. SedikitNestum (Original)

Cara Memasak

  1. 1

    Buang kulit kentang.

  2. 2

    Potong ikut suka dan cuci bersih.

  3. 3

    Masukkan secubit garam.Rebus kentang sehingga empuk.

  4. 4

    Tumbuk lumat black pepper

  5. 5

    Apabila kentang sudah empuk,padam api dan toskan.

  6. 6

    Lenyekkan kentang ketika panas.

  7. 7

    Kemudian masukkan mentega dan kiub ayam.

  8. 8

    Setelah itu masukkan black pepper yang telah di tumbuk tadi dan lada sulah.

  9. 9

    Gaul sebati dan biarkan sejuk sebentar.

  10. 10

    Sementara tunggu sejuk,potong keju block kepada potongan kecil-kecil

  11. 11

    Setelah kentang sejuk,masukkan tepung gandum.Gaul sebati.

  12. 12

    Sediakan sedikit minyak zaitun/ olive oil.sapu tapak tangan dan jari dengan olive oil.tujuannya supaya bancuhan kentang dan tepung tadi tidak melekat pada tangan kerana adunan lebik.Kalau tidak sapu,adunan akan melekat dan perlukan tepung yang banyak supaya tidak melekat.Saya tak nak bebola cheese saya keras.Saya suka lembut dan tidak liat.Kalau tiada minyak zaitun,boleh je guna minyak masak.Tak jadi masalah pun....

  13. 13

    Masukkan nestum kedalam bekas lain.

  14. 14

    Ambil sedikit adunan dan letak keju di tengah-tengahnya.Bulatkan.Kemudian masukkan kedalam bekas nestum tadi.

  15. 15

    Setelah itu gaulkan sehingga kesemua bahagian

  16. 16

    Buat sehingga habis.

  17. 17

    Panaskan minyak

  18. 18

    Apabila minyak sudah panas,masukkan bebola tadi dan perlahankan api.masak keseluruh bahagian menjadi keperangan.

  19. 19

    Setelah kesemuanya keperangan,angkat dan toskan.Goreng sehingga habis.

  20. 20

    Setelah siap di goreng,bolehlah di hidangkan.

  21. 21

    Ini hasilnya selepas di goreng.Cheese mencair.

  22. 22

    Bila suam-suam,cheesenya boleh di tarik tarik dan membuatkan si pemakannya tak boleh berhenti makan😬..

  23. 23

    📢Peringatan...Api tidak boleh besar kerana boleh mengakibatan cheese meletup dan bebola tidak garing.

  24. 24

    Selamat mencuba.Ikhlas dari saya yatie fy.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Dunia Hanya Sementara Fy
pada
Bandar Baru Salak Tinggi
Pencinta Makanan😍😍😍
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya