Nasi hujan panas merdeka #ChefZam

Syuhada
Syuhada @mamahadda25

Nasi hujan panas merupakan hidangan yang amat mudah untuk disediakan. Seperti nasi minyak biasanya nasi hujan panas ini disediakan ketika majlis perkahwinan ataupun majlis keraian. Saya suka sediakan nasi ini untuk menarik selera anak2 kerana warnanya yang berwarna warni. Nasi ini sesuai di gandingkan bersama ayam masak merah ataupun kurma ayam

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

6-8 orang makan
  1. 4 cawanberas basmathi (rendam selama 20 minit dan toskan
  2. 1 cawanSusu cair
  3. 1inci halia
  4. 3 ulasbawang merah
  5. 3 ulasbawang putih
  6. 1sudu besar mentega
  7. 1sudu besar minyak sapi
  8. 51/2 cawanair
  9. 1ketul kiub ayam
  10. Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. 1

    Hiris bawang merah, bawang putih dan halia

  2. 2

    Cair kan mentega dan minyak sapi. Tumis kulit kayu manis, cengkih dan bunga lawang. Setelah naik bau masukkan bahan-bahan hiris dan tumis hingga layu.

  3. 3

    Masukkan susu cair, kiub ayam dan perasakan dengan sedikit garam. Setelah itu bolehlah dimasukkan air dan didihkan sebentar.

  4. 4

    Setelah itu tutup api. Pindahkan bahan-bahan masakkan tadi kedalam periuk nasi yang telah di isi dengan beras basmathi. Boleh letakkan 2 helai daun pandan untuk mewangikan lagi nasi. Masak nasi seperti biasa.

  5. 5

    Setelah nasi hampir kering buat lubang kecil di permukaan nasi. Letakkan sedikit pewarna makanan pilihan anda. Jangan kacau dulu ya.. Tutup kembali periuk nasi dan biarkan sehingga nasi masak.

  6. 6

    Setelah nasi telah masak barulah digaul perlahan-lahan untuk meratakan warnanya. Bolehlah dihidangkan bersama ayam masak merah ataupun kurma ayam

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Syuhada
Syuhada @mamahadda25
pada

Komen

Resipi Sepertinya