Nasi hujan panas

imel_recipe
imel_recipe @imeldasyl22
Malaysia

#goldenapron2020
#merdeka2020

Jom meriahkan hari merdeka dengan resipi Nasi hujan panas.

Saya pilih resipi ini kerana, rakyat Malaysia seperti nasi yang berwarna-warni ini. Walaupun kita berbilang bangsa dan agama tapi kita dapat hidup makmur, aman dan harmoni sebab kita muafakat seperti bentuk bulat nasi ini.

Sangat bertuah jadi anak Malaysia. Rakyatnya peramah dan makanan pun banyak yang sedap. Nasi hujan panas ini salah satunya. Bukan selalu di hidang sebab tu dia 'special'.

Selamat hari merdeka yang ke 63 semua. Semoga negara kita Malaysia sentiasa dilindungi Tuhan dan dibebaskan dari pandemik Covid-19. Stay safe semua.

Selamat Hari Merdeka yang ke 63!

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

2 orang
  1. 1 cawanberas basmathi
  2. 1 cawanair (ikut jumlah beras)
  3. 50 gbawang besar (potong dadu)
  4. 1 batangkayu manis
  5. 1biji bunga lawang
  6. 2 tbspbutter/majerin
  7. 1 tspminyak masak
  8. 2 helaidaun pandan (simpul)
  9. 2 ulasbawang putih (cincang)
  10. 2 tspperencah/kiub ayam
  11. 100 gkismis
  12. Pewarna makanan hijau, merah dan kuning

Cara Memasak

  1. 1

    Cuci dan rendam beras selama 30minit. Selepas itu, cuci sekali lagi dan toskan. Tips: gunakan beras basmathi sahaja supaya tekstur nasi nampak cantik.

  2. 2

    Panaskan periuk dengan minyak masak dan butter. Kemudian, tambah bawang besar, bawang putih, bunga lawang, kayu manis, pandan. Tumis hingga naik bau. Tips: Jangan tumis lama nanti pahit.

  3. 3

    Masukkan beras dan sebatikan. Tambah perencah dan tumis 2 minit.

  4. 4

    Masukkan air dan masak dengan api medium selama 10 minit. Tips: Selepas 5 minit, gemburkan nasi dan sambung masak 5 minit lagi.

  5. 5

    Setelah nasi masak sepenuhnya, padamkan api. Titiskan pewarna. Tips: setitis cukup, tak perlu banyak dalam satu bahagian.

  6. 6

    Tabur kismis dan kacau nasi perlahan-lahan sehingga warna kelihatan sekata dan cantik. Tips: guna garfu supaya nasi tak patah. Siap.

  7. 7

    Hidang dengan daging masak merah atau ayam goreng kesukaan anda. Selamat mencuba.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
imel_recipe
imel_recipe @imeldasyl22
pada
Malaysia
👩‍🍳 Welcome to my kitchen @imel_recipeSebenarnya akak ni tak lah pandai sangat memasak tapi sejak ketemu dengan Cookpad, akak pandailah sikit belajar ilmu dan tips masakan dari cookpaders yang lain.Semuanya ada di cookpad. Jimat duit tak payah beli buku resipi. Dan kita boleh tanya terus dengan penulis resipi kalau ada yang tak faham dengan resipi yg kita cuba (cooksnap).Dan saya suka simpan my family resipi dalam cookpad untuk rujukan saya masa akan datang.Jom kita masak sebab kita kan suka makan. Banyak resipi boleh pilih-pilih. Bahan pun senang mau cari.Kalau sedap, jangan lupa tinggalkan komen untuk saya😃Terima kasih Cookpad Malaysia!Terima kasih sudi follow akak, semoga resipi yang akak kongsikan menawan selera anda.Salam ❤️ dari saya.. imel_recipe#cookforlove#cookwithlove#joincookpadsince01Mac2020#chefrumahtangga
Baca lagi

Komen (7)

Julia ALeen Aireish
Julia ALeen Aireish @JuliaAA_merecik
cantik tgk nasi hujan panas ni.. warna warni..

Resipi Sepertinya