👩🍳Kuih Buah Melaka

Cookpad Apron 2026: Week 23
Tema Minggu 23: Kuih Tradisional
Kuih Buah Melaka (onde-onde) ialah kuih tradisional berbentuk bebola kecil yang diisi dengan gula melaka cair dan disalut dengan kelapa parut.
Tepung pulut adalah asas doh bebola kuih. Air pandan digunakan untuk mewarnakan doh hijau secara semula jadi dan memberikan bau harum.
Gula melaka dipotong kecil sebagai inti di dalamnya. Kelapa parut diigunakan untuk menyalut luar kuih.

Cara Memasak
- 1
Sediakan bahan-bahan.
Gaulkan kelapa parut dengan garam secukup rasa. Kukus kelapa parut 5-10 minit atau guna microwave untuk panaskan sedikit. Sejukkan.Ketepikan
- 2
Sediakan jus pandan- gunting kasar daun pandan, kisar bersama 1 cawan air hingga hancur. Tapis dan ambil air pandan sahaja. Ketepikan.
- 3
Dalam mangkuk, masukkan tepung pulut dan tepung gandum. Gaul rata supaya tepung sekata.
Tuang air pandan sedikit demi sedikit sambil menguli. Dapatkan doh yang lembap elok dan tak melekat. Ambil secubit doh, gentel bulat dan leperkan di tapak tangan. Letak 1 kiub gula di tengah. Tutup doh rapat-rapat.
- 4
Didihkan air rebusan yang banyak dalam periuk (air kena banyak supaya buah melaka ada ruang bergerak dan mudah timbul bila masak).
Kecilkan ke api sederhana-Masukkan buah melaka. Kacau perlahan sekali-sekala supaya tak melekat di dasar periuk. Apabila bebola itu timbul di permukaan air, ia tanda sudah masak. kemudian angkat dengan penapis. Tuang kedalam air sejuk sekejap, kemudian tos air.
- 5
Masukkan buah melaka kedalam kelapa parut. Gaul buah melaka yang masih panas hingga bersalut sekata.
Sedia untuk dihidang.
Tip
Tak perlu tambah pewarna hijau tiruan jika menggunakan ekstrak daun pandan yang banyak.
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen