CookpadCookpad
Tetamu
Daftar atau Log Masuk
SImpan dan share resipi, hantar Cooksnap dan banyak lagi.
  • Cari
  • Premium
    • Resipi Paling Banyak DiCooksnap
    • Resipi Paling Banyak Dilihat
  • Premium
  • Challenge
  • FAQ
  • Hantar Feedback
  • Negara
  • Koleksi Anda
Koleksi Anda
Untuk mula mencipta library resipi anda, sila daftar atau log masuk.
Sourdough Bagel by Gyna
Simpan resipi untuk rujukan kemudian
  • Kongsi Cooksnap
  • Tambah ke folder
  • Cetak
  • Share
    • Disalin!
    • E-mel
    • Facebook
    • Pin
    • X
  • Lapor Resipi
  • Lihat statistik
  • Edit resipi
  • Padam
CookpadCookpad
Gambar Sourdough Bagel by Gyna

Sourdough Bagel by Gyna

Gyna Elenna
Gyna Elenna @Gynainspring83
Subang Jaya

Dulu Gyna pernah kongsi resipi Bagel juga. Tapi versi instant yis. Kali ini Gyna menggunakan natural yeast atau dalam bahasa Melayu adalah yis liar. Biasanya kita panggil starter. Bagi yang tak biasa atau tak pernah menggunakan starter ni agak susah kedengarannya. Tapi bila dah kenal sifat starter, ianya menjadi mudah. Setiap roti atau apa jua yang menggunakan starter, menghasil rasa yang lain dari yang lain. Sedikit masam tapi sangat sedap. Untuk mengurangkan rasa masam, boleh discard starter dan menambah sukatan tepung dan air mengikut ratio yang dikehendaki sebelum memberi sukatan yang sama untuk menyediakan levain.
Untuk menghasilkan bagel yang menggunakan starter ni mengambil masa yang lama. Tapi hasilnya sangat memuaskan.
Roti yang berasaskan starter ini lebih bagus dan lebih sihat berbanding roti-roti komersil. Ia mempunyai mineral yang tinggi, melancarkan sistem pencernaan dan lain-lain lagi.

Baca lagi

Disimpan
Simpan resipi untuk rujukan kemudian
Edit resipi
Lihat statistik
Tambah ke folder
Kongsi CooksnapKongsi Cooksnap
ShareShare
  • Disalin!
  • E-mel
  • Facebook
  • Pin
  • X
CetakCetak
  • CetakCetak
  • Kongsi CooksnapKongsi Cooksnap
  • Lapor Resipi
  • Lihat statistik
  • Padam
Share
  • Disalin!
  • E-mel
  • Facebook
  • Pin
  • X
Simpan resipi untuk rujukan kemudian
  • Kongsi Cooksnap
  • Tambah ke folder
  • Cetak
  • Lapor Resipi
  • Lihat statistik
  • Edit resipi
  • Padam

Ramuan

12 biji
  1. Levain
  2. 100 gramactive starter
  3. 100 gramtepung high protein (Gyna guna Manitoba Flour)
  4. 100 gramair
  5. Doh Bagel
  6. 300 gramLevain
  7. 600 gramtepung high protein (11-12% protein)
  8. 250 gramair atau susu segar (Gyna guna half-half)
  9. 50 gramgula
  10. 1 1/2 sudu kecilgaram
  11. 1/4 sudu kecilmalt (optional)
  12. Rebusan
  13. 1 literair
  14. 1 sudu besarmadu (raw honey)
  15. 1 sudu besarsoda bikarbonat
Cookpad Buka dalam Aplikasi Cookpad
Disimpan
Simpan resipi untuk rujukan kemudian

Cara Memasak

  1. 1

    Untuk membuat levain. Dalam satu mangkuk, satukan starter bersama tepung dan air. Sebatikan. Tukar adunan ke dalam balang. Biarkan selama 4 jam dan naik berganda. Letak penanda aras supaya memudahkan kita tahu levain sudah berganda dan sedia digunakan.

    Gambar langkah 1 resipi Sourdough Bagel by Gyna.

  2. 2

    Dalam jug, campurkan Levain dan air/susu. Gaul sebati. Kemudian dalam bread maker atau stand mixer, tuang adunan levain dan air/susu. Masukkan tepung, gula, garam dan malt (optional). Mulakan proses menguli sehingga doh menjadi licin, lembut dan elastik. Proses ini mengambil masa selama 30 - 45 minit. Gyna tak suka Bagel terlalu lembut, jadi Gyna memilih 70% window pane.

    Gambar langkah 2 resipi Sourdough Bagel by Gyna.

  3. 3

    Selepas siap menguli. Bentukkan bulat. Masukkan ke dalam mangkuk yang dioles sedikit olive oil. Tutup dan rehatkan selama 2 jam.

    Gambar langkah 3 resipi Sourdough Bagel by Gyna.

  4. 4

    Selepas 2 jam. Keluarkan doh dari mangkuk. Tak perlu buang angin. Potong kepada 12 bahagian. (Lebih kurang 100 gram setiap satu) Bentukkan bulat. Tutup dengan kitchen towel yang lembab. Rehatkan selama 10 minit.

    Gambar langkah 4 resipi Sourdough Bagel by Gyna.

  5. 5

    Bentukkan Bagel seperti donut. Kemudian letak di atas baking paper. Rehatkan selama 3 jam atau sehingga kembang.

    Gambar langkah 5 resipi Sourdough Bagel by Gyna.

  6. 6

    Boleh skip langkah ini.
    Bagel yang sudah di rehat selama 3 jam boleh dicelur dan dibakar terus. (Teruskan langkah ke7)
    Tetapi, untuk menghasilkan rasa dan aroma sourdough yang best, boleh buat teknik cold retard iaitu rehatkan semula di dalam peti sejuk semalaman. (up to 12-15 jam)

    Gambar langkah 6 resipi Sourdough Bagel by Gyna.

  7. 7

    Dalam satu periuk. Didihkan air bersama madu. Bila air mendidih, masukkan soda bikarbonat. Celur Bagel selama 30 saat setiap sisi. Angkat dan toskan. Semasa Bagel masih basah, taburkan Topping kegemaran. Gyna lebih suka Bagel kosong tanpa Topping.

    Gambar langkah 7 resipi Sourdough Bagel by Gyna.

  8. 8

    Bakar Bagel selama 20 minit. Suhu 200’c. Api atas bawah, selama 10 minit kemudian turunkan suhu kepada 180’c selama 10 minit. (Fan force).

    Gambar langkah 8 resipi Sourdough Bagel by Gyna.

  9. 9

    Bagel sedap dinikmati ketika panas mahupun sejuk. Boleh dibuat sandwich atau pun makan begitu sahaja. Simpan dalam bekas kedap udara. Nak simpan freezer pun boleh.

    Gambar langkah 9 resipi Sourdough Bagel by Gyna.
    Gambar langkah 9 resipi Sourdough Bagel by Gyna.
Disimpan
Simpan resipi untuk rujukan kemudian
Edit resipi
Lihat statistik
Tambah ke folder
Kongsi CooksnapKongsi Cooksnap
ShareShare
  • Disalin!
  • E-mel
  • Facebook
  • Pin
  • X
CetakCetak
  • CetakCetak
  • Kongsi CooksnapKongsi Cooksnap
  • Lapor Resipi
  • Lihat statistik
  • Padam

Cooksnap

Disimpan
Simpan resipi untuk rujukan kemudian
  • Kongsi Cooksnap
  • Tambah ke folder
  • Cetak
  • Share
    • Disalin!
    • E-mel
    • Facebook
    • Pin
    • X
  • Lapor Resipi
  • Lihat statistik
  • Edit resipi
  • Padam

Disalin!

Gyna Elenna
Gyna Elenna @Gynainspring83
pada 28 Januari, 2023 18:25
Subang Jaya
🇲🇾
Baca lagi

Komen (10)

Tkaaaaa
Tkaaaaa @Tkaaizawa35
03 Febuari, 2023 05:40
Kalau dletak dalam freezer,masa nak makan kena bakar lgi?
Tetamu
Tambah komen
0/0

Resipi Sepertinya

Lebih Banyak Resipi

  1. 👩‍🍳Timun Cendawan Tumis Kering
  2. 🍁Sayur Bayam Tumis Air
  3. Dalca Sayur 🥔🥕🍆🫛
  4. Rebung Goreng Kunyit Bersama Udang Sireng
  5. Brokoli Tumis Bersama Udang
  1. Creampuff Kastad Creamy
  2. Ayam masak butter
  3. Pak choy sos tiram cara sihat
  4. Nasi Minyak
  5. Garlic Bread Sihat
  1. Roti Goreng Rangup
  2. Nasi Minyak
  3. Super moist chocolate cupcakes (no egg, no milk and no butter)
  4. Colek Jambu Susu
https://cookpad.wasmer.app/my/recipes/16767989
Cookpad Buka dalam Aplikasi Cookpad

Tentang Kami

Misi kami di Cookpad ialah untuk menjadikan memasak setiap hari menyeronokkan, kerana kami percaya bahawa memasak ialah kunci kepada kehidupan yang lebih sihat dan gembira untuk individu, komuniti dan bumi ini. Kami memperkasakan chef-chef rumahtangga di seluruh dunia untuk saling membantu dengan berkongsi resipi dan ilmu masakan.

Langgan Premium untuk kelebihan dan ciri-ciri eksklusif!

Komuniti Cookpad

🇺🇸 United States 🇬🇧 United Kingdom 🇪🇸 España 🇦🇷 Argentina 🇺🇾 Uruguay 🇲🇽 México 🇨🇱 Chile 🇻🇳 Việt Nam 🇹🇭 ไทย 🇮🇩 Indonesia 🇫🇷 France 🇸🇦 السعودية 🇹🇼 臺灣 🇮🇹 Italia 🇮🇷 ایران 🇮🇳 India 🇭🇺 Magyarország 🇳🇬 Nigeria 🇬🇷 Ελλάδα 🇲🇾 Malaysia 🇵🇹 Portugal 🇺🇦 Україна 🇯🇵 日本 Lihat Semua

Ketahui Lebih Lanjut

Cookpad Premium Karier Maklum Balas Blog Terma Perkhidmatan Garis Panduan Komuniti Dasar Privasi Soalan Lazim

Muat turun aplikasi kami

Buka app Cookpad di Google Play Buka app Cookpad di App Store
Hak Cipta © Cookpad Inc. Hak Cipta Terpelihara
close