Kek Labu 5 Bahan (No milk, No butter, No oil, No baking powder & No baking soda) 🤭

Panjang betul tajuknya hehehe..
Kek Yang sangat cepat & mudah disediakan.. teksture tidak la gebu tapi seakan kek Sarang semut kata anak saya.. Manis Daripada Labu gula saya Kurangkan.. paling penting no baking soda sebab saya xsuka bau Dan Rasanya . Selalunya jika ada resepi perlu guna baking soda, saya kurangkan.. Puri labu saya guna dengan menggunakan sayur labu Yang dah layu tapi Masih boleh digunakan..
Ini juga Salah satu MENU RAHMAH terutama sekarang ni barang pun semua Naik harga.. jika Beli memang boleh tahan harga kek sekarang ni.. lebih baik buat sendiri.. boleh Makan sehingga esok Hari.. keluarga saya Ada 4 orang sahaja.. Yang suka kek ni anak2 Dan saya sahaja.. suami tak seberapa.. mungkin boleh la ngam2 RM 5 Rasanya.. saya xberapa pandai nak kira2 ni..😁 (tepung Naik sendiri RM 5.90 xsilap saya kat pasaraya saya selalu pegi.. telur selalu Beli sekotak terus Gred C, gula Perang RM 4.20, bahan baking lain saya Beli kat eco shop RM 2.60)..
Sumber: imagelicious.com
Author: Julia

Cara Memasak
- 1
Panaskan oven terlebih dahulu 180°c selama 10 minit
- 2
Sediakan Puri labu terlebih dahulu.. kupas kulit Dan potong dadu.. rebus/kukus sehingga lembut.. angkat, tos Dan lenyek.. ketepikan sebentar.
- 3
- 4
Dalam mangkuk adunan besar, satukan gula Perang + telur. Dengan menggunakan hand mixer, kacau selama kira-kira 5 minit sehingga ringan Dan gebu
- 5
Tambahkan Puri labu tadi + serbuk kayu manis.. kacau sekali lagi sehingga sebati..
- 6
Ayak tepung ke Dalam mangkuk adunan campuran telur tadi.. guna spatula untuk sebatikan.. pastikan tidak terlalu lama mengadunnya.. Bila dah sebati berhenti mengadun..
- 7
Sediakan loyang saiz 8 inci.. sapu dengan minyak masak Dan tepung.. saya guna baking paper sahaja.. tuang adunan kek tadi.. hentak2 keluarkan angin Dan hias dengan taburan biji bijan (optional sahaja)..
- 8
Bakar suhu 180°c selama 50 minit atau sehingga kek masak.. (saya guna suhu 180°c selama 35 minit) IKUT OVEN MASING2..
Cucuk tengah kek jika tiada melekat dah masak.. jika Ada melekat bakar lagi Dalam 5 minit.
Angkat Dan sejuk atas redai, bila dah sejuk baru potong.. dah potong bolehlah dinikmati 😍🤤
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen