Roti Paratha Telur & Udang

#91/947/2026
#947/1000
#CookpadApron2026
Pagi-Pagi Dah Sedap
:
Pagi-pagi tinggal kami berdua sahaja di rumah,sarapan pun masak menu simple dan ringkas ,guna mana bahan yang ada sahaja.Masak Roti Paratha Telur & Udang,letak secukupnya sos cili,sedap dan rangup,dimakan ketika masih panas.Alhamdulillah untuk rezeki hari ini.

Cara Memasak
- 1
Siapkan bahan-bahannya:
- 2
Campur semua (udang,telur,bawang besar,daun bawang,serbuk lada sulah,serbuk bawang putih,serbuk paprika dan garam himalaya),pukul hingga bercampur-rata dan garam larut
- 3
Cairkan sedikit mentega (k.ha letak dalam 1 camca teh)dalam non-stick pan,ratakan.
- 4
Bahagikan campuran telur kepada 2 bahagian.Tuang 1 bahagian telur.
- 5
Bila telur 1/1 masak,letakkan 1 keping roti paratha segera di atasnya.Masak hingga bahagian bawah garing (guna api kecil).
- 6
Balikkan roti paratha.
- 7
Masak hingga bahagian bawah garing.Letak secukupnya sos cili,ratakan.Lipat roti paratha.Angkat dan keluarkan dari pan.
- 8
Ulangi proses yang sama untuk 1 keping lagi roti paratha.Siap.Hidangkan panas-panas.
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen