Brownies Raya Untuk Mak

Ramadan 2026 : Raikan Aidilfitri 🕌🌙
Permintaan daripada mak sebab mak suka makan kek coklat yang ada rasa pahit dan berkacang. Walaupun mak dah nyanyuk dia tak sebut pun nak makan brownies tetapi dia sebut "lama dah tak makan kek coklat". Walaupun ada kek yang rasa seakan coklat seperti kek belacan di rumah mak untuk raya ni tetapi mak kata bukan kek tu. Saya agak² jer mungkin tekstur kek yang padat maksud mak, tak nak kek yang lembut sebab kek belacan takde letak kekacang. Selera mak pun dah seperti kanak² kecil suka yang manis, jadi saya terfikir nak buat brownies jer untuk mak dan ahli keluarga kami. Mak makan bukan nya banyak mana pun, nanti cucu dan cicit nya pun mesti nak juga. Raya pertama jatuh pada hari kelahiran mak yang ke-88 tahun, alhamdulillah mak masih sihat tubuh badan cuma memori mak jer yang lupa. Oh ya, saya guna marjerin kerana mak memang tak suka mentega, lidah mak takleh nak bohong kalau kata takde mentega.

Cara Memasak
- 1
Dalam mangkuk pengadun satukan gula perang, esen vanilla dan telur. Jangan hairan pulak, dalam resipi tulis 6 biji telur tapi dalam gambar 2 biji telur haha.. snap jer dulu gambar yang ada telur sebab takut terlupa. Mana tak nya setiap selepas pecahkan telur sebiji, asyik nak basuh tangan walaupun telur tu dah dibasuh sebelum nya.
- 2
Whisk sampai gula larut (jangan over mix). Double boil dark chocolate coins, marjerin, serbuk koko hitam dan garam.
- 3
Kacau hingga sebati dan marjerin dan coklat mencair. Tuangkan adunan chocolate cair ke dalam adunan telur dan kacau rata.
- 4
Ayakkan tepung gandum. Masukkan tepung dan kacau sebati. Tuangkan ke dalam loyang yang telah di alas dengan baking paper, hentak²kan sedikit supaya merata. Saya guna 2 loyang saiz 8x8 inci dan 12x12 inci.
- 5
Tabur almond, dark chocolate coins, gula manik putih dan tompok²kan peanut butter.
- 6
Bakar pada suhu 140 selama 50 minit api atas dan bawah.
- 7
Biarkan brownies sejuk dulu baru lah dipotong.
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen (2)