Pucuk Paku Tumis Belacan

Cookpad Apron Challenge 2026 : Hidup Sayur
Tersangat lah sibuk beberapa minggu ni dengan majlis perkahwinan anak saudara dan anak sendiri. Alhamdulillah baru selesai majlis perkahwinan anak saya pada Sabtu yang lepas 🤲. Penat tu jangan cakap lagi la. Selesai majlis, saya pula demam. Sebelum majlis tu anak saya yang sulung tu yang mula² demam. Nasib baik sewaktu majlis demam dia kebah cuma batuk dan selsema jer lagi. Resipi ni dimasak hari Jumaat yang lepas, sehari sebelum majlis kahwin anak sulung saya. Pada masa saya menaip resipi ni, saya berada di hospital untuk janjitemu seperti biasa. Dalam menunggu giliran, ternampak status wssp anak saudara memberitahu bahwa anak saudara nya yang masih baby (cucu kepada adik bongsu saya) dikejarkan ke bahagian Kecemasan dan Kemalangan di Hospital Umum Sarawak kerana datang sawan gara² demam panas. Allahu... 🥹🥲 Selesai jer urusan saya, saya dan encik suami terus bergegas ke lokasi cucu adik saya. Syukur alhamdulillah baby Nia dah sedar 🤲 tapi luluh nya hati saya melihat keadaan dia waktu tu. Moga baby Nia cepat sembuh 🤲🥹 Doktor masukkan baby Nia ke wad untuk dipantau lagi keadaan dia.

Cara Memasak
- 1
Siang sayur pucuk paku, ambil bahagian muda hingga habis. Campurkan garam dan air.
- 2
Rendam pucuk paku hingga paras air menggelamkan pucuk paku. Gaul guna tangan agar garam cair dan sebati dengan pucuk paku. Biarkan ½ jam untuk membunuh bendasing seperti ulat sayur. Tumbuk bawang putih, cili padi dan ikan bilis hingga agak halus. Masukkan belacan dan tumbuk lagi.
- 3
Sayur pucuk paku dicuci dan ditoskan. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga naik bau dan sedikit garing. Masukkan pucuk paku, gaul rata.
- 4
Masak sekejap sahaja (jangan lama sangat supaya pucuk kekal rangup). Masukkan Maggi cukup rasa dan adjust rasa mengikut sesuai selera.
Tutupkan api dan boleh lah diangkat dan dihidangkan.
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen