Apam Bakar Kelantan

#146/1003/2026
#1003/2000
#CookpadApron2026
Dari Pokok Pisang
:
Ada lagi 1 biji Pisang Montel / Cavendish baki masak Apam Pisang Coklat hari tu.Sebelum rosak,kita masak kuih tradisi, Apam Bakar Kelantan sahaja untuk sarapan pagi.Alhamdulillah makan panas-panas cicah dengan kelapa parut putih,sedap apamnya,lembut dan tidak terlalu manis.
Apam Bakar Kelantan
#146/1003/2026
#1003/2000
#CookpadApron2026
Dari Pokok Pisang
:
Ada lagi 1 biji Pisang Montel / Cavendish baki masak Apam Pisang Coklat hari tu.Sebelum rosak,kita masak kuih tradisi, Apam Bakar Kelantan sahaja untuk sarapan pagi.Alhamdulillah makan panas-panas cicah dengan kelapa parut putih,sedap apamnya,lembut dan tidak terlalu manis.
Cara Memasak
- 1
Siapkan bahan-bahannya
- 2
Kisar halus bawang merah,halia,lada hitam bersama 1 cawan air tapis.Ketepikan.
- 3
Lenyek isi pisang hingga halus.Masukkan telur,gula perang dan secubit garam himalaya.Kacau.
- 4
Masukkan bahan kisar tadi (bawang merah,halia,lada hitam & air tapis).Kacau rata.
- 5
Masukkan tepung gandum bersama yis kering.
- 6
Masukkan air suam sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati (tepung tidak lagi bergentel).
- 7
Tutup bekas dengan tudung saji / penutup,perap dalam 30 minit hingga adunan mengembang.
- 8
Lenser secukupnya minyak masak pada mini pan non-stick,biarkan minyak masak panas (guna api perlahan).Kacau dahulu adunan sebelum dituangkan ke dalam pan.Ambil sesenduk adunan,tuang dan ratakan guna sudu.Tutup pan dengan penutupnya.
- 9
- 10
Setelah bahagian atas apam sedikit mengering,balikkan guna spatula.Tutup semula pan,masak hingga garing di kedua -dua bahagian.
- 11
Angkat dan keluarkan apam bakar dari pan.Ulangi proses yang sama hingga adunan habis (dapat 12 keping apam bakar).
- 12
Siapkan kelapa parut untuk pencicah.Gaul kelapa parut putih bersama sedikit garam himalaya hingga bercampur-rata.Masak air dalam pengukus hingga mendidih,Kukus dalam 5 minit.Keluarkan dari pengukus.
- 13
Hidangkan apam bakar bersama kelapa parut.
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi
























Komen