
Inspirasi Aidiladha 🐐🐂🐪
.
Jom share inspirasi Aidiladha korang dengan kengkawan semua! 🐐🐂🐪
.
Semua resipi berkaitan Hari Raya Haji diterima, termasuklah:
⭐️ Prep untuk menyambut Aidiladha seperti pes, rempah-ratus, frozen food, dll.
⭐️ Menu Raya sempena menyambut Aidiladha.
⭐️ Hidangan berasaskan bahagian korban.
.
Selamat Hari Raya Aidiladha minmin ucapkan pada semua Cookpaders yang beragama Islam 🧡
.
🔸 Korang boleh hantar seberapa banyak resipi yang korang nak, nak hantar 100 pun boleh.
🔸 Gambar-gambar yang korang guna mesti la korang punya - jangan curi orang lain punya tau.
🔸 Kalau korang nak share link resipi korang kat IG atau FB boleh je tak sapa marah. Yang kita orang marah kalau curi gambar orang lain.
🔸 Kalau korang curi jugak, kita orang akan delete atau sembunyikan resipi korang. Haaa kalau resipi korang hilang 🎵 ha ha tak tau 🎶
🔸 Resipi korang semua kekal tersimpan dengan selamat dalam Cookpad walaupun challenge dah habis.
🔸 Walaupun korang tak boleh guna gambar orang lain, tapi kita orang boleh guna gambar korang untuk tujuan promosi atau mana-mana aktiviti Cookpad eh. Jangan terkejut pulak kalau jumpa gambar korang dalam newsletter, blog atau banner Cookpad.