Donat Mini

Norida Alias
Norida Alias @NorieAlias
Ampang

#goldenapron2020 [minggu 11]

Sempena Perintah Berkurung. Anak-anak dan ibunya bosan,maka terhasillah Donat Mini ni. Makan-makan sambil berjimat-cermat gitu.

Donat Mini

22 orang bercadang membuatnya

#goldenapron2020 [minggu 11]

Sempena Perintah Berkurung. Anak-anak dan ibunya bosan,maka terhasillah Donat Mini ni. Makan-makan sambil berjimat-cermat gitu.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

24 biji
  1. 3cwn tepung
  2. 1 sudu makanmarjerin
  3. 1 sudu makanmauripan
  4. 1 sudu makangula
  5. 1 sudu makansusu pekat
  6. 1cwn air suam
  7. 1 cawangula ising/gula kisar

Cara Memasak

  1. 1

    Sediakan bahan-bahan. Bancuhkan air suam,gula,susu pekat dan mauripan. Biarkan sehingga kembang.

  2. 2

    Satukan tepung gandum dan marjerin, sebatikan sehingga berderai atau seperti serbuk roti.

  3. 3

    Setelah mauripan kembang,masukkan kedalam tepung dan gaul sebati sehingga menjadi doh. Jika doh masih lembik,taburkan tepung sikit-sikit. Ulikan sehingga doh tidak melekat pada tangan.

  4. 4

    Tutup doh dengan plastik atau tutup periuk dan rehatkan dalam 10minit atau sehingga doh kembang atau lembut.

  5. 5

    Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Taburkan sedikit tepung dan canaikan.

  6. 6

    Setelah doh dibentuk atau ditekap dengan acuan donat. Rehatkan sebentar supaya sedikit naik sebelum digoreng.

  7. 7

    Jika tiada acuan,bolehlah dibulatkan doh mengikut saiz yang dikehendaki,leperkan sedikit dan lubangkan ditengahnya. Lagi mudah bulatkan kecil-kecil dan goreng. Tentu anak-anak lagi tertarik dengan Donat Ball.

  8. 8

    Agkat dan sejukkan terlebih dahulu sebelum disalutkan dengan gula.Siap.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Norida Alias
Norida Alias @NorieAlias
pada
Ampang
25 april
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya