Donat

Mardiana Jaafar
Mardiana Jaafar @mardiana_jaafar
Melaka

#bazaarramadan #minggu1
Kebiasaannya apabila pergi ke bazar Ramadan mesti akan cari beberapa jenis kuih manis untuk berbuka puasa. Kuih Donat antara kuih yang menjadi pilihan saya. Tempoh PKP ni, macamana nak beli kat bazar kan? Apa kata kita buat sahaja sendiri. Bahannya pun mudah sahaja nak dibeli di pasaraya. Jom kita cuba.

Donat

31 orang bercadang membuatnya

#bazaarramadan #minggu1
Kebiasaannya apabila pergi ke bazar Ramadan mesti akan cari beberapa jenis kuih manis untuk berbuka puasa. Kuih Donat antara kuih yang menjadi pilihan saya. Tempoh PKP ni, macamana nak beli kat bazar kan? Apa kata kita buat sahaja sendiri. Bahannya pun mudah sahaja nak dibeli di pasaraya. Jom kita cuba.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

20 biji
  1. 3 cawantepung gandum
  2. 1sudu besar marjerin
  3. 1peket yis mauripan
  4. 1sudu besar susu pekat
  5. 1sudu besar gula pasir
  6. 1 cawanair suam
  7. 3sudu besar gula kastor

Cara Memasak

  1. 1

    Sebatikan yis mauripan, gula pasir, susu pekat dan air suam di dalam mangkuk. Biarkan sehingga yis berbuih-berbuih.

  2. 2

    Satukan tepung gandum dan marjerin di dalam satu bekas yang agak besar. Gaul sebati sehingga menjadi seperti serbuk roti (berderai).

  3. 3

    Setelah yis kembang, masukkan ke dalam tepung dan gaul rata sehingga menjadi doh. Jika doh masih lembik, taburkan tepung sedikit sehingga doh tadi tidak melekat pada tangan.

  4. 4

    Tutupkan doh dengan plastik atau kain lembap sehingga doh mengembang selama 10 minit.

  5. 5

    Setelah doh kembang, uli sebentar untuk buangkan angin sebelum dicanai.

  6. 6

    Canai dan bentukkan dengan acuan donut. Jika tiada acuan boleh juga tekapkan menggunakan mug kaca. Boleh juga di gentel menjadi bebola donat.

  7. 7

    Setelah siap ditekap, biarkan sebentar sehingga doh naik sedikit (kembang).

  8. 8

    Goreng sehingga bertukar warna perang keemasan. Sejukkan dahulu sebelum ditabur gula kastor. Siap.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Mardiana Jaafar
Mardiana Jaafar @mardiana_jaafar
pada
Melaka

Komen

Resipi Sepertinya