Tepung pelita

Raja Nursyafawati
Raja Nursyafawati @cook_23060359

Kuantiti: 15-20 bekas kecil
Sumber: https://says.com/my/makan/kuih-tepung-pelita-ini-bukan-sahaja-enak-malah-amat-ringkas-untuk-dibuat

Tepung pelita

Kuantiti: 15-20 bekas kecil
Sumber: https://says.com/my/makan/kuih-tepung-pelita-ini-bukan-sahaja-enak-malah-amat-ringkas-untuk-dibuat

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. Bahagian hijau
  2. 1cawan gula (kurangkan sedikit untuk kurang manis)
  3. 1cawan tepung beras
  4. 4cawan air
  5. Pewarna hijau secukupnya
  6. 4helai daun pandan
  7. Bahagian putih
  8. 1cawan santan pekat
  9. 3cawan air
  10. 3sudu besar tepung beras
  11. 1sudu kecil garam

Cara Memasak

  1. 1

    Susun 20 bekas kecil bersih di dalam dulang. Biarkan.

  2. 2

    Kisarkan daun pandan dengan 1 cawan air kemudian tapiskan airnya.

  3. 3

    Kisarkan lagi hampas daun pandan dari tapisan tadi dengan secawan air dan tapiskan. Ulang sehingga cukup 4 cawan air pandan.

  4. 4

    Campurkan air pandan tadi dengan gula, tepung beras dan pewarna hijau di dalam periuk. Kacau sehingga tepung tidak berketul.

  5. 5

    Menggunakan api perlahan, kacau adunan tanpa henti sehingga pekat. (Nota: jangan terlalu pekat sehingga sukar untuk dituang menggunakan jug)

  6. 6

    Setelah pekat, masukkan adunan dari dalam periuk ke dalam jag. Tuang adunan ke dalam bekas kecil yang telah disusun sehingga 1/3 penuh.

  7. 7

    Biarkan lapisan hijau seketika dan mulakan adunan bahagian putih.

  8. 8

    Campurkan semua bahan untuk lapisan putih ke dalam periuk bersih. Kacau rata sehingga tepung tidak berketul.

  9. 9

    Menggunakan api perlahan, kacau bahan sehingga pekat. (Nota: bahan lapisan putih tidak akan sepekat bahagian hijau, berhenti kacau apabila kepekatan adunan putih tidak berubah)

  10. 10

    Masukkan ke dalam jag, dan tuangkan adunan ke dalam bekas yang berisi lapisan hijau tadi, sehingga 2/3 penuh.

  11. 11

    Biarkan tepung pelita sejuk seketika dan boleh ditutup.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Raja Nursyafawati
Raja Nursyafawati @cook_23060359
pada

Komen

Resipi Sepertinya