Tepung Pelita

Aznie Khasri
Aznie Khasri @Sirap_Cheese
Ipoh, Perak, Malaysia

#cooksnaptepung #cooksnaptheme1 #cooksnaptheme1 #tepungberas #mentorlove #goldenapron2020
Dah lama Aznie tak buat tepung pelita, selalu buat kuih limas je. kira adik beradik la tu cuma limas guna tepung gandum dan tepung pelita guna tepung beras..
Baru ni nampak resepi dari adik cookpadies lalu kat cookpad dan-dan rasa nak makan.. memang nampak sedap. Kebetulan pulak cookpad bagi cabaran bertemakan tepung jadi boleh la buat sekali. Resepi ni Aznie suka sebab kuihnya lembut ala gedik-gedik gitu.. Tak rugi mencuba. sedap..

Tepung Pelita

22 orang bercadang membuatnya

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. Lapisan Bawah
  2. 2 cawanAir
  3. 1/2 cawanGula
  4. 1/2 cawanTepung Beras
  5. 3@ 4 helai daun Pandan
  6. 1Sudu kecik Gula Icing
  7. Lapisan Atas
  8. 2 CawanSantan
  9. 2Sudu besar Tepung Beras
  10. 1/2Sudu kecik Garam

Cara Memasak

  1. 1

    Cara
    ~Lapisan bawah
    Buat acuan kuih tepung pelita dengan mengunakan daun pandan. Potong daun pandan kepada lima bahagian dan silangkan (Aznie tak buat sebab daun pisang tak ada)

  2. 2

    ~Kisarkan 3-4 helai daun pandan dengan mengunakan 2 cawan air

  3. 3

    ~Dah siap kisar tapiskan air daun pandan tadi. masuk ke dalam kuali tapi jangan hidupkan api dulu. masukkan 1/2 cawan gula, 1/2 cawan tepung beras dan satu sudu kecil perwarna hijau. Kacau dulu adunan ni sampai tidak berketol. hidupkan api.

  4. 4

    ~Bila nampak adunan mcm meletop2 tu baru matikan api

  5. 5

    ~Letakkan gula icing kedalam acuan daun pandan tadi dan adunan ni kena masukkan semasa masih panas supaya gula cair selepas masukkan adunan tadi

  6. 6

    Lapisan atas
    ~Biarkan seketika dan buat lapisan atasnya pula. Masukkan 2 cawan santan okay yang ni guna santan kotak jadi dia pekat sebab bila makan rasa lemak2 sikit tapi kalau tak nak pekat boleh tambah air. tapi sukatan dia tetap 2 cawan

  7. 7

    ~Masukkan 2 sudu besar tepung beras dan 1/2 sudu kecil garam. buat macam tadi kacau sampai tak berketul baru hidupkan api. sentiasa kacau supaya tidak berketul sampai adunan menjadi pekat. Dah nampak adunan letop2 macam tu dah boleh matikan api.

  8. 8

    ~Masukkan pula adunan santan ni ke atas adunan pandan tadi. Adunan santan ni memang lebih cair daripada adunan pandan jangan pulak cuba-cuba nak pekatkan sebab kuih tepung pelita ni memang macam tu sejak dulu lagi. untuk nikmat yang lebih berganda letakkan dalam peti sejuk.

  9. 9
Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Aznie Khasri
Aznie Khasri @Sirap_Cheese
pada
Ipoh, Perak, Malaysia
~💕Like MASAK👩🏻‍🍳 ~💕Like MAKAN 🍰~💕Like SNAP FOTO 📸 ~💕Like SNAP VIDEO 🎥-💕❤️COOKPAD COMMUNITY~💕WE ARE FAMILY~💕
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya