Ais Krim Malaysia Keju

Umeera
Umeera @cook_23880371

Memang terasa lemak manis masinnya ais krim keju ini. Sekali rasa nak lagi. Ditambah pula dinikmati pada hari panas, memang padu!!! 😋 #goldenapron2020

Ais Krim Malaysia Keju

18 orang bercadang membuatnya

Memang terasa lemak manis masinnya ais krim keju ini. Sekali rasa nak lagi. Ditambah pula dinikmati pada hari panas, memang padu!!! 😋 #goldenapron2020

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 2-3sb krim keju Tatura (jenama lain pun boleh)
  2. 3 cawanSusu full cream
  3. 5-7sb susu pekat (ikut manis yang dimahu)
  4. Secubit garam
  5. Sedikitair
  6. Bahan Tambahan
  7. Sedikitchoc chip
  8. 3sb sirap merah

Cara Memasak

  1. 1

    Bermula dengan basmallah dan sediakan plastik ais krim 😘.

  2. 2

    Masukkan choc chip ke dalam setiap plastik ais krim yang disediakan. Ikut banyak mana nak 😮.

  3. 3

    Selepas itu, satukan susu full cream dan susu pekat ke dalam kole dan sebatikan. Tambahkan air kalau terlalu manis dan sedikit garam 🥛🧂.

  4. 4

    Panaskan adunan susu tadi dengan api sederhana dan masukkan krim keju. Pastikan krim keju pada suhu bilik. Gaul-gaul mesra sehingga keju tidak berketul.

  5. 5

    Setelah adunan mendidih, biarkan sehingga sejuk terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam plastik ais krim tadi.

  6. 6

    Manakala ais krim bandung keju pula, masukkan sirap ke dalam ais krim plastik dahulu sebelum adunan susu dituang ke dalamnya.

  7. 7

    Ikat kemas dan simpan di dalam bahagian sejuk beku.

  8. 8

    ⚠️ Perhatian: Bukan makanan kanak-kanak 2 tahun ke bawah kerana mengandungi gula dan garam. Bagi kanak-kanak 2 tahun ke atas, pastikan tiada alahan dengan bahan tenusu.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Umeera
Umeera @cook_23880371
pada
Tukang masak untuk keluarga tercinta.Disclaimer: Setiap resepi masakan khas untuk bayi yang dikongsikan sesuai dan boleh dimakan oleh anak saya. Pastikan anak anda tiada alahan dengan ramuan (melepasi 4 days rule bagi memastikan tiada alahan) dan pastikan juga anak anda tiada masalah kesihatan lain sekiranya ingin mencuba resepi yang saya kongsikan. Setiap resepi khas untuk bayi tidak mengandungi gula dan garam tambahan.
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya