Kentang Lenyek Mudah

Secubit Rasa Cik Nani🌷
Secubit Rasa Cik Nani🌷 @cndidapur
Kampar, Perak

#goldenapron2020 #minggu6 #CookpadderPerak #kentanglenyek

Assalammualaikum sahabat Cookpadders. Minggu ini CN kongsikan resipi berasaskan kentang yang menjadi kesukaan CN dan suami. Resipi ini adalah olahan CN sendiri mengikut citarasa. Kawan-kawan boleh menggantikan telur rebus dengan mayones atau menambahkan lada sulah atau Cajun jika mahu lebih pedas. Segalanya mengikut kreativiti kawan-kawan sendiri ya. Selamat mencuba.

Salam 8 Syawal 1441H
#CNdidapur

Kentang Lenyek Mudah

7 orang bercadang membuatnya

#goldenapron2020 #minggu6 #CookpadderPerak #kentanglenyek

Assalammualaikum sahabat Cookpadders. Minggu ini CN kongsikan resipi berasaskan kentang yang menjadi kesukaan CN dan suami. Resipi ini adalah olahan CN sendiri mengikut citarasa. Kawan-kawan boleh menggantikan telur rebus dengan mayones atau menambahkan lada sulah atau Cajun jika mahu lebih pedas. Segalanya mengikut kreativiti kawan-kawan sendiri ya. Selamat mencuba.

Salam 8 Syawal 1441H
#CNdidapur

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

20 minit
2 - 3 orang
  1. 3biji kentang russet (USA potatoes) - buang kulit dan didadu
  2. 1biji telur - direbus
  3. 1 batangdaun bawang - dihiris
  4. 20 mlsusu segar
  5. 1/2 sudu tehserbuk lada hitam
  6. 1/8 sudu tehgaram organik

Cara Memasak

20 minit
  1. 1

    Kupas kulit kentang, potong dadu dan rebus sehingga empuk.

  2. 2

    Lenyek kentang sehingga halus dan masukkan garam organik dan serbuk lada hitam. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit sambil kentang dilenyek.

  3. 3

    Seterusnya masukkan telur rebus dan lenyek hingga sebati. Akhir sekali, masukkan daun bawang dan gaul sebati.

  4. 4

    Sedia untuk dihidangkan bersama makanan bergoreng dan aneka sos kegemaran.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Secubit Rasa Cik Nani🌷
pada
Kampar, Perak
Assalammualaikum🥷🏽CN di sini. Ex Wartawan RASA & Editor Buku Resipi Alaf 21. Minat memasak, mencipta resipi, Foodstyling dan Food Photography 📸✍🏻Join CookPad sejak 14 Mei 2019🎬Follow & Subscribe CN di YouTube (Secubit Rasa Cik Nani) dan TikTok (CNDidapur) untuk video masakan terkini.📱Foodstyling & Food Photography (KaryaJiwa byNSZ) ❤️ & Nanilicious Wonderful by NSZ (since 2014)💻IG: cndidapur | karyajiwa_bynsz🍋Lemon8: @CNdidapur🍭Cari resipi CN gunakan #CNdidapur
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya