Kek Marble 3 Warna

#kekmarble #goldenapron2020
Huru hara betul minggu ni. Awal-awal lagi mak dah tanya tak balik kampung ker? Rasanya baru je jumpa mak seminggu yang lepas. Mak dah rindu nak jumpa cucu-cucu dia. Lepas tu, boleh pula Cookpad umumkan ada cabaran bonus dalam masa 3 hari ni. Aiyakkk, kat rumah mak mana ada oven! Memang tak boleh la nak buat kek kat rumah mak ni.
Memandangkan hari Isnin pun boleh submit lagi, jadi terus balik kampung dulu untuk berjumpa dengan mak. Taknak mak terasa hati pulak. Hari ini hari Isnin, usai selesai sahaja urusan di tempat kerja, terus bergegas pulang ke rumah. Berkobar-kobar nak siapkan kek marble yang baru pertama kali nak cuba buat. Dan Alhamdulillah, hasilnya sangatlah membanggakan. Apalagi, jom kita masak.
Kek Marble 3 Warna
#kekmarble #goldenapron2020
Huru hara betul minggu ni. Awal-awal lagi mak dah tanya tak balik kampung ker? Rasanya baru je jumpa mak seminggu yang lepas. Mak dah rindu nak jumpa cucu-cucu dia. Lepas tu, boleh pula Cookpad umumkan ada cabaran bonus dalam masa 3 hari ni. Aiyakkk, kat rumah mak mana ada oven! Memang tak boleh la nak buat kek kat rumah mak ni.
Memandangkan hari Isnin pun boleh submit lagi, jadi terus balik kampung dulu untuk berjumpa dengan mak. Taknak mak terasa hati pulak. Hari ini hari Isnin, usai selesai sahaja urusan di tempat kerja, terus bergegas pulang ke rumah. Berkobar-kobar nak siapkan kek marble yang baru pertama kali nak cuba buat. Dan Alhamdulillah, hasilnya sangatlah membanggakan. Apalagi, jom kita masak.
Cara Memasak
- 1
Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
- 2
Masukkan esen vanilla. Teruskan memukul.
- 3
Masukkan telur sebiji demi sebiji dan teruskan putar. #tips :Pastikan telur adalah pada suhu bilik. Tambah tepung dan susu cair. Pastikan tepung dimasukkan sedikit demi sedikit.
- 4
Bahagikan kepada tiga bahagian. (Koko, pewarna dan satu lagi perisa asal)
- 5
Sendukkan perisa asal ke dalam tin pembakar, diikuti satu senduk yang dicampurkan pewarna hijau epal kemudian satu senduk bercampur koko. Ulangi proses sehingga habis.
- 6
Gunakan lidi untuk membuat bentul 'swirl' supaya mendapat corak marble beberapa pusingan. Hentakkan tin kek beberapa kali supaya gelembung udara keluar. Bakar pada suhu 180 darjah selama 40 minit atau sehingga kek masak. Siap untuk dihidang.
- 7
#tips :Suhu oven juga adalah sebenarnya bergantung kepada oven masing-masing. Jangan terlalu panas kerana kek boleh menjadi merekah.
Resipi Sepertinya
-
👩🍳Kek Marble Neopolitan🍓🍫 👩🍳Kek Marble Neopolitan🍓🍫
Ceritakan Cinta Kasih Ibu & Guru. RaikanBersama Cookpaders!Sudah lama beli loyang cantik ni. Sepatutnya bakar kek dengan loyang ini untuk anak2 sempena hari raya, tetapi tertangguh sebab sibuk memasak menu lain.Syawal 15 barulah sempat baking kek marble kegemaran anak2. Yang dah balik semula ke rumah masing2 tak sempatlah merasa, yang masih ada dirumah seronoklah dapat makan sepuasnya. Selalunya baking kek ini dalam loyang square atau bulat; kali ni nak cuba loyang baru. Ambil masa juga nak buat pattern. Rasanya lain kali guna loyang square lagi cepat🤗.Bagi anak2, bentuk kek ini tak penting, yang penting mereka dapat makan kek masakan airtangan mama🤗.Bake with ❤️Resipi 217/2022 Mahadiah -
Kek Marble Pucci Kek Marble Pucci
#kekmarble#goldenapron2020Tak pernah tak suka dengan kek marble. Ramai yang suka sebab gebu, lembut dengan moistnya.. Pstttt! nak kongsi dengan awak semua, tips kek marble nak lagi meletop rasanya makan tak cukup sepotong, simpan semalaman baru potong memang best..Kek ni tak kira peringkat umur semua orang mencari, nak-nak kalau hari raya wajib buat.Tau tak history dipanggil pucci tu dapat dari mana.. Pernah viral lama dulu corak tudung pucci, makanya ilhamkan pada kek. Orang malaysia kan kreatif hehe.. Julia ALeen Aireish -
Kek Marble Kek Marble
#kekmarble#goldenapron2020Bonus kek marble? Alamak macam mana ni, tak pernah buat. Selama ni berangan-angan je nak buat. Nasib baik ada bonus ni, angan-angan jadi kenyataan.Apa lagi google la resepi, banyaknya resepi kek marble. Mmm mana satu nak pilih ni. Sudah, pening pula nak memilih. Dah google resepi, tengok pula bahan-bahan apa yang ada kat rumah yang sesuai dengan resepi. Akhir sekali, resepi cikgu kek, Cikgu Azlina Ina dipilih. Olah sedikit mengikut bahan-bahan yang ada dirumah.Gigih la membuatnya walaupun pertama kali. Mixer yang dah lama dibeli, akhirnya baru dirasmi. Anak-anak pun excited bila ibu cuba buat kek marble. Bila dah masak, tak sabar mereka nak merasa. Sabar, panas lagi tu. Tak sempat nak kata apa, Auni ambil pisau dan terus memotong kek. Cantik kek ibu. Auni berkata. Perlahan-lahan kek masuk ke mulut, mmm sedap la ibu, cuma kurang manis, komen Auni. Hahaha ibu terus tersenyum. Yes!! Berjaya juga. arihasliza ariffin -
Kek Marble Koko Pandan versi Rice Cooker Kek Marble Koko Pandan versi Rice Cooker
Saya memang tiada oven di rumah. Tapi rice cooker atau air fryer adalah penyelamat kalau nak baking sesuatu. Sebelum ini saya pernah buat kek marble versi tanpa oven untuk tema bonus goldenapron2020, hanya bakar dalam periuk atas dapur.Resepi ini mungkin untuk anda yang teringin nak makan kek tapi kadang perlu juga kreatif dapatkan cara untuk nikmati.Selamat akhir tahun 2020! 😁 Mizzanem -
Kek marble Kek marble
Kek marble ni sedap dinikmati ketika minum petang atau pada bila-bila masa. Sedang baking pun rasa tak sabar nak makan sebab semerbak bau kek 1 rumah. Jemput makan.#cooksnap#kekmarble#goldenapron2020 Lucy’s cooking -
Mini marble cake Mini marble cake
#goldenapron2020#kekmarbleAlkesah, sejak pindah umah, semua barang baking dah tak jumpa cari tambahan pula oven pun dah rosak lagi la tak boleh nak buat kek. Bila datang cabaran kek marble ni meluap-luap nak buat juga sebab ni merupakan kegemaran kami sekeluarga. Dengan semangat buat la pagi tadi kek marble guna blander dan bakar dalam rice cooker, alhamdulillah menjadi, tapi masih tak puas hati. Tetiba teringat ada cup cake maker, lepas isyak tadi terus buat dan alhamdulillah cukup puas hati rasanya nya yang lemak manis dan lembut sangat. Jadi sesiapa tak ada oven, jangan risau bole guna cup cake maker sahaja, dan jika tiada mixture bole gunakan blander sahaja. Ana Ahmad -
👩🍳Kek Marble Jelita 👩🍳Kek Marble Jelita
Kek Marble Jelita ini viral sejak 2 tahun lepas hingga lah ke hari ini. Berbagai corak yang cantik direka, menjadikannya sesuai dihidangkan dalam majlis2 sempena Hari Lahir, Hari Pertunangan dll.Kalau tak nak masak sendiri, boleh dibeli secara online daripada banyak pilihan bakers dan dengan berbagai pilihan harga. Tetapi kalau ada peluang, boleh cuba masak sendiri kerana resipi dari BOL ini sangat mudah diikuti dan hasil keknya memang sedap.Inspirasi resipi BOL🌹 Mahadiah -
Kek marble baby boo Kek marble baby boo
Ceritanya macam ni, Lailer cuba resepi kek baru untuk raikan hari perkahwinan bersama Jekfer. Namun, resepi baharunya tidaklah sesedap resepi kek pandan yang Lailer jual di warung. Hmm, Lailer pun kecewa sebab dia teringin sangat cuba resepi baharu. Jekfer terdengar Lailer mengeluh. Jekfer nak buat kejutan untuk Lailer sebagai hadiah bulan madu. Haaa, apa lagi, Jekfer ambil keputusan minta bantuan daripada Cookpad untuk selesaikan masalah ni. Jadi, meh sini saya share resepi kek marble yang boleh tambat hati Lailer. Aaa jommmmm#jekferlailertilljannah#goldenapron2020#cooksnap#sweetsweeties#cookpad#kekmarble sweetsweeties -
Kek Marble Red Velvet Kek Marble Red Velvet
💚1728💚💚167/2024💚Syawal Month ChallengeRiang Ria RayaPantang hari ke11..Mamy mampu masak yg super simple jer ni haa...Sambil duduk2 xde guna tenaga punn..Kek ni permintaan tinggi kat sekolah si kakak,cikgu awal2 lagi sorok isi "tipuware"😅Nak baking kek ni 2 @ 3 hari sebelum majlis inshallah lagi sedap.. mamy_kitchen89 -
Kek Marble Kampung Kek Marble Kampung
All About Aidiladha 🐐🐂🐪Macam yang saya pernah bagitahu dahulu, Hari Raya Aidil Adha/Raya Haji di Kuching, Sarawak tidak lah semeriah Hari Raya Aidil Fitri. Raya Haji hanya diraikan bersama ahli keluarga sahaja. Kami akan masak lebih untuk dibawa ke rumah mak kerana kami akan berkumpul di sana. Untuk kek raya saya buatkan kek marble kampung sebab mak suka kek marble berbanding kek-kek lapis atau kek-kek moden. Mak juga tak suka mentega berbanding marjerin. Mak gelar kek marble, kek kerong. Dapur Yusfarisyia -
Kek marble Kek marble
#kekmarble #goldenapron2020Hampir terlupa nak submit kek marble sebab balik kampung..so guna bahan ysng ade kat rumah mertua ...buat kek marble pelangi.Bahan pun mudah. Haliza Jeran -
Kek Marble Kek Marble
#kekmarble#goldenapron2020Bila ada cabaran buat kek marble ni, saya dalam perjalanan balik kampung. Dalam fikiran saya , susah nak buat kek kat kampung sebab tiada mixer. Oven ada tapi dah lama tersadai kat store. Boleh guna lagi ker? 😁 Nak bakar guna rice cooker, saiz besar gedabak pulak. Owhh..baru teringat saya ada simpan gambar kek marble kat galery handphone. Gambar langkah demi langkah pun ada. Dah lma saya buat kek marble tu. 2 tahun lepas rasanya. Ambik gambar pun janji boleh. Masa tu tak pandai lagi ambil gambar cantik-cantik.😁. Kira ok la tu😆 Sarmila Sharif
Lebih Banyak Resipi
Komen