PGM Marble Cheesecake

Hafiza Muaddah
Hafiza Muaddah @cikgudidapur

#kekmarble
#goldenapron2020

Kek marble atau kek marmar.. Kek berbentuk jalur atau bertompok.
Kebanyakan kek marble adalah kek mentega.
Bagi cikgu, mana-mana kek tidak kira kek keju, kek coklat mahupun brownies.. Jika dijalur-jalurkan atau ditompok-tompokkan ia adalah kek marble.
Sebab itu nama setiap kek marble itu tidak sama. Kek marble jelita, kek pelangi puding caramel, kek keju marble dan berbagai lagi.
Kali ini cikgu membuat 'eksperimen' pada kek keju hangus (burnt cheesecake) versi air fryer. Cikgu menggabungkan resepi kek Pandan Gula Melaka (PGM) dan kek keju hangus. Tapi cikgu tidaklah membakarnya sehingga hangus. Cukup sekadar ia masak.
Cikgu tidak menggunakan gula castor atau gula pasir.. Cikgu hanya penggunakan susu pekat manis SAJI dan krimer manis gula melaka TEAPOT. Hasilnya, sangat memuaskan. Cepat, pantas dan sedap.
*maaf permukaan kek ada merekah sedikit. Ialah.. Eksperimen katakan 🙈
*cikgu menggunakan AF jenama Philips

PGM Marble Cheesecake

2 orang bercadang membuatnya

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

8 orang
  1. 250 gcream cheese TARTURA
  2. 110 mlplain yogurt
  3. 3biji telur
  4. 2sb tepung gandum
  5. 1sk mentega
  6. Adunan Pandan
  7. 1/4cwn susu pekat manis
  8. 1/2sk esen pandan
  9. 1/2sk pewarna hijau
  10. Adunan gula melaka
  11. 1/4cwn krimer manis gula melaka
  12. 1/4sk pewarna coklat

Cara Memasak

  1. 1

    Bahan-bahannya

  2. 2

    Menggunakan food processor (pisau plastik ya), satukan cream cheese, yogurt dan telur. Blend sehingga sebati

  3. 3

    Masukkan tepung dan blend lagi. Bahagi adunan kepada 2 bahagian

  4. 4

    Untuk adunan pandan.. Masukkan susu pekat manis, perisa pandan dan pewarna hijau. Kacau sebati

  5. 5

    Untuk adunan gula melaka..masukkan krimer manis gula melaka dan pewarna coklat. Kacau sebati

  6. 6

    Gris loyang dengan mentega dan letak kertas parchment. Menggunakan senduk, letak 1 senduk adunan hijau diikuti adunan coklat. Berselang seli sehingga 3/4 loyang. Baki boleh letak dalam cawan mufin

  7. 7

    Masukkan ke dalam air fryer. Untuk loyang besar, 160C selama 20 minit. Cawan mufin dlm 15 minit. Cadangan: turunkan suhu sedikit untuk 5 minit terakhir. Dan tutup loyang dgn aluminium foil di selepas dikeluarkan daripada AF. Selamat mencuba 😊

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Hafiza Muaddah
Hafiza Muaddah @cikgudidapur
pada
Simple, easy, healthy & yummy cooking & baking 😊
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya