Kek Marble Oren Sunquick

RH Kitchens
RH Kitchens @byRaihanaHuda
Johor Bahru

#kekmarble #goldenapron2020

Seumur hidup, ini baru kali ke 2 saya buat kek menjadi😂 saya memang tak ada kepakaran sangat dalam bidang ini dan bukan penggemar kek tapi ini adalah kek kegemaran nenek dan emak. Seronok hari ni semua dapat merasa untuk minum petang sambil hirup kopi-o panas.

Kejadian kek ni, tengah-tengah seronok buat kek tiba-tiba mixer rosak langsung tak berfungsi. Dengan redha dan keyakinan tinggi yang ada kita guna blender sahaja😂 Alhamdulillah menjadi dengan jayanya. Walaupun kek dah sejuk tapi masih gebu dan lembut.

Kek Marble Oren Sunquick

21 orang bercadang membuatnya

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

45 minit
  1. 240 gmarjerin
  2. 240 ggula castor
  3. 240 gtepung gandum (diayak)
  4. 1sudu kecil baking powder (diayak)
  5. 4biji telur gred C
  6. 1/4 cawansusu cair
  7. 1sudu kecil esen vanilla
  8. 2sudu besar oren sunquick
  9. 1sudu kecil emulco oren
  10. 1sudu kecil pewarna oren

Cara Memasak

45 minit
  1. 1

    Masukkan marjerin, gula castor, esen vanilla dan telur. Blendkan sehingga kembang dan ringan.

  2. 2

    Selepas blend, masukkan dalam mangkuk. Kemudian masukkan tepung gandum dan baking powder yang telah diayak bersama susu cair secara berselang seli.

  3. 3

    Gaulkan sehingga sebati dan tiada ketul-ketul. Kemudian bahagikan kepada 2 adunan.

  4. 4

    Adunan yang 1 lagi, masukkan 2 sudu besar oren sunquick, oren emulco dan sedikit pewarna oren. Kemudian gaulkan sehingga sebati dan sekata.

  5. 5

    Dah siap boleh sendukkan adunan secara berselang seli ke dalam loyang. Kemudian lorekkan bahagian atas menggunakan lidi atau chopstick.

  6. 6

    Akhir sekali, bolehlah dibakar atau kukus sehingga masak mengikut oven dan pengukus masing-masing. Saya menggunakan periuk noxxa kaedah steam selama 25 minit.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
RH Kitchens
RH Kitchens @byRaihanaHuda
pada
Johor Bahru
Tiada istilah betul atau salah dalam masakkan. Masakkan juga adalah seni. Bergantung pada kreativiti dan cara masing-masing sebab masakkan itu adalah seni sentuhan ajaib❤Lain orang lain cara, lain tangan lain rasa. Ewahhhh~💃
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya