Kek Marble Trio

Nurain Jalil
Nurain Jalil @ainjalil

#kekmarble
#goldenapron2020

Bila Cookpad Malaysia menganjurkan "bonus" untuk goldenapron2020 dengan tema Kek Marble,punyalah kita seronok.Sebabnya,adalah alasan nak membakar orang kata.

Resepi yang dikongsikan ini adalah resepi dari blogger terkenal "Mat Gebu".Pada waktu itu,saya sudah merantau duduk di Selangor,sendiri.Jadinya,selain resepi mak dan abah,saya juga akan merujuk resepi di blog-blog blogger dan salah seorangnya Mat Gebu.

Tapi kini dah tak perlu risau,masuk je dalam apps Cookpad,macam-macam resepi boleh diteroka dan dicuba.

Pertama kali mencuba,memang terus jatuh cinta dengan resepi kek marble trio ini.Bukan sahaja lembut dan gebu,tetapi kek ini wangi dan lembab (moist).

Cara nak memarble tu terpulang pada kreativiti sendiri.Cara membuat kek marble trio ini juga berbeza.Jangan tak tahu,anda juga boleh menggunakan resepi ini untuk membuat kek butter kosong (gunakan butter yang premium seperti Golden Churn,SCS,Anchor untuk hasil yang umpph)

Jika nak mencuba dan menikmati sendiri kesedapan kek marble trio ni,boleh lihat resepinya di bawah ini.Yang pasti kek ini sangat sedap dan tidak menjemukan.

Kek Marble Trio

5 orang bercadang membuatnya

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam 30 minit
  1. 300 gramMarjerin - saya guna Latifolia
  2. 280 gramTepung Gandum
  3. 1 tbspSusu Tepung - saya guna jenama Everyday
  4. 1 tspBaking Powder
  5. 5Biji Telur Gred B
  6. 1 tbspOvelette
  7. 220 gramGula Kastor
  8. 50 mlSusu Cair
  9. 1 tspEsen Vanilla
  10. 1 tspRed Velvet Emulco
  11. 1 tspCoklat Emulco
  12. 1drop Black Colour Oil

Cara Memasak

1 jam 30 minit
  1. 1

    Sediakan bahan yang diperlukan dan lenser loyang 8x8x3 inci dengan marjerin.Alas dengan kertas minyak.Ketepikan.

  2. 2

    Ayak tepung gandum,susu tepung dan baking powder.Ketepikan.Putar marjerin hingga pucat.

  3. 3

    Masukkan tepung sedikit-sedikit sampai habis.Putar sebati dan ketepikan.

  4. 4

    Dalam bekas lain,masukkan Ovelette dan gula kastor.Putar sebentar kemudian masukkan kesemua telur.Putar pada kelajuan tinggi hingga kembang dan kental (seperti adunan bahulu)

  5. 5

    Perlahankan kelajuan.Masukkan adunan tepung berselang seli dengan susu cair.Tepung-Susu-Tepung-Susu-Tepung

  6. 6

    Setelah sebati,bahagikan pada 3 bahagian.1 bahagian dibubuh Coklat Emulco,1 bahagian Red Velvet Emulco dan 1 bahagian lagi tak perlu campur apa-apa(ambil 1tbsp dan letak tepi)

  7. 7

    Marblekan adunan berselang seli hingga habis.

  8. 8

    Hentak lembut 3x bagi meratakan dan menghilangkan ruang-ruang udara di dalam kek.Ambil 1 tbsp adunan biasa yang telah diasingkan tadi dan campurkan pewarna hitam.Kemudian masukkan ke dalam piping bag.Picit secara dot-dot di atas permukaan kek dan kemudian dengan menggunakan lidi,buat gerakan zig zag untuk mendapatkan corak marble.

  9. 9

    Bakar pada suhu 150'C selama 1 jam atau sehingga kek masak.Gunakan lidi untuk memeriksa samaada kek sudah masak atau belum.Jika dicucuk dan diangkat,hujung lidi bersih bermaksud kek sudah masak.Jika lidi yang diangkat ada adunan yang melekat basah,bermaksud kek masih lagi belum masak sepenuhnya.Sila sambung membakar dalam 5 or 10 minit lagi.

  10. 10

    Dah siap.Bolehlah dikeluarkan kek dari loyang dan diletakkan pada redai kek bagi proses penyejukkan sebelum dipotong.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Nurain Jalil
Nurain Jalil @ainjalil
pada

Komen

Resipi Sepertinya