Kek Marble Kukus Super Moist

Lama dah teringin nak buat Kek Marble Jelita sebab asyik lalu lalang dekat wall FB.
Cun pulak Cookpad buat tema #kekmarble. Boleh la up sekali untuk bonus #goldenapron2020. Aritu tercicir 1 bintang 😭.
MinSha kukuskan sebab oven MinSha kawan pinjam sebab oven dia rosak. Tapi MinSha memang prefer kukus sebab terjamin moist!
Alhamdulillah 1st time buat menjadi! Sangat2 moist, manis pun cun! Auntie siap order terus seketui! Yeyyy...
Kek Marble Kukus Super Moist
Lama dah teringin nak buat Kek Marble Jelita sebab asyik lalu lalang dekat wall FB.
Cun pulak Cookpad buat tema #kekmarble. Boleh la up sekali untuk bonus #goldenapron2020. Aritu tercicir 1 bintang 😭.
MinSha kukuskan sebab oven MinSha kawan pinjam sebab oven dia rosak. Tapi MinSha memang prefer kukus sebab terjamin moist!
Alhamdulillah 1st time buat menjadi! Sangat2 moist, manis pun cun! Auntie siap order terus seketui! Yeyyy...
Cara Memasak
- 1
Asingkan telur putih dan telur kuning
- 2
Beat egg white and sugar til soft peak. Ketepikan.
- 3
Beat all of Bahan B sampai pucat (2-3mins)
- 4
Campurkan tepung dan baking powder.
- 5
Masukkan setengah campuran Tepung tadi ke dalam adunan dan beat sebentar. Masukkan setengah susu dan beat lagi.
- 6
Ulang sampai susu dan tepung habis.
- 7
Masukkan setengah Meringue (Bahan A) dan sebatikan guna senduk/spatula. Ulang sampai habis.
- 8
Bahagi kepada 4 adunan dan letak 1-2 titik warna pilihan
- 9
Sapu mentega pada permukaan loyang 7x7 (adunan muat separuh)
- 10
Tampal baking paper
- 11
Masukkan setengah adunan yang tidak diwarnakan dan ratakan dalam loyang
- 12
Masukkan adunan lain secara bertompok-tompok sehingga semua adunan habis
- 13
Carik-carik corak menggunakan lidi
- 14
Wrap loyang dengan foil
- 15
Kukus selama 30 minit. Kalau bakar 130 darjah celcius selama 45minit
- 16
Sejukkan sebentar
- 17
Potong dan hidang! 💗
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Kek marble kukus moist Kek marble kukus moist
#goldenapron2020 #kekmarbleResepi asalnya dari #MinSha namun disebabkan ketiadaan bahan saya menukarkan susu segar kepada susu pekat. Namun, rasanya memang sedap. Mazwin -
Kek Marble Kek Marble
#kekmarble #goldenapron2020 cabaran bonus tuk goldenapron ni betul-betul mencabar.. Sebab saya tak pernah buat kek marble sebelum ni. Mulanya saya nak buat kek marble jelita tu. Tapi x menjadi pula.. Bahagian atas tu tak jelita pon🤣 tp alhamdulillah walaupun dia tak jelita.. Tapi dia gebu dan sedap. Memang puas hati untuk percubaan kali pertama. Asz Haniey -
Kek Marble Jelita Kek Marble Jelita
#kekmarble#goldenapron2020Berjaya juga buat kek marble jelita ni 😁. Selalu tengok duk lalu lalang dalam Fb. Share resepi pun dah berkali-kali. Asal lalu ja share, buatnya tak jugak 🤭.Bila cookpad anjurkan mini contest #kekmarble rasanya inilah masa yang sesuai untuk mencuba.Resepi kek marble ni sangat mudah dan keknya moist dan gebu serta rasanya pun sedap 😋.Ajomm tengok resepinya... Norashikin Rahmat -
Kek Marble kukus Kek Marble kukus
#kekmarble #goldenapron2020 bila dapat tajuk kek marble dalam otak memang nak cuba sangat buat, sebab sebelum nie tak pernah lagi buat kek marble. Kira ini Percubaan pertama tapi sebabkan di rumah tak ada oven jadi saya usaha jugaklah buat kek marble dengan cara mengukus, tak sangka hasilnya sangat sedap di tambah dengan kelembutan tekstur kek dan sangatlah gebu. Jom ikut cara saya menyediakanya Ahlia Syed Firdaus -
Kek Marble Old Skull Kek Marble Old Skull
#kekmarble #goldenapron2020Satu-satunya kek favourite no 1 akk...akk panggil kek vevodo jew akk memang jenis Xreti buat kek yang cerdik pandai atau ayu jelita cun melecunnn🤩😂🤭...kek ini dari zaman akk sekolah rendah akk dah biasa makan dan selalu duk hadap arwah mak akk buat bila time nak raya...dulu2 semua guna planta guna senduk kayu jer xada mixer or spatula bagai, godak n kacau dalam mangkuk ceramic yg kuning tebal tu...dulu2 rumah orang have2 jer yang ada letrik😘segala peralatan guna manual termasuk oven...kalau zaman now mesti budak phop suka mangkuk tu mungkin jadi salah satu saka kegilaan😅🤣🙏...tapi serius tau nk cakap kek marble dulu2 ni lagi sedap n moist kalau dibiarkan semalaman dan esoknya baru dimakan...itu pun kalau sempat...rumah akk Xsempat esok...keluar oven panas2 pun dah ada yang setia menunggu...😅😍😘Ok jommm kita kembali kan zaman dulu2 punya kek...yang pasti kekal sedap selamanya 😍😘👍👍 Aza Aaj -
Kek Coklat Super Moist Kek Coklat Super Moist
#tribute2minshaPenggemar-penggemar kek coklat (macam saya 😚) wajib cuba resepi ni.Sebab apa??Sebab rasa coklat dia heaven sangat, pekat melekat kat anak tekak. Memang betul-betul padu punya kek coklat. Norashikin Rahmat -
Kek Marble Semolina Kek Marble Semolina
#kekmarble#goldenapron2020Jarang orang buat kek semolina kerana kek butter lebih digemari dan lebih popular. Berbeza dengan kek semolina. Peminat kek semolina lebih tahu akan keenakkan kek ini. Tekstur seperti crumble dan sedap berbanding kek butter yang bertekstur lembap dan halus.Tepung semolina agak sukar didapati. Cara untuk penyediaannya jika dilihat seperti agak renyah kerana tepung semolina perlu diperap semalaman. Tapi sebenarnya tidak sukar yang disangka. Hanya perlu direndam didalam susu supaya tepung semolina larut dan lembut. Ini kerana tekstur tepung agak kasar seperti serbuk roti yang halus. Ada juga cara yang tak perlu direndam atau diperap. Tapi saya lebih suka cara begini kerana kek akan menjadi lembap, lembut dan lebih enak.Okay lah. Saya nak menikmati keenakkan kek ini bersama teh panas.Jangan lupa mencuba resipi ini.😘 Gyna Elenna -
Kek Marble Strawberi Kek Marble Strawberi
#goldenapron2020 Minggu 9#kekmarble38/2020Dapat cabaran bonus dari cookpad untuk buat kek marble. Sebetulnya saya bukan expert dalam membuat kek. Nak buat yang kreatif jauh sekali. Kek marble ni memang cantik-cantik coraknya, pelbagai rasa pelbagai gaya. Kagum betul bila lihat hasil kek kawan-kawan. Warna-warni, cantik dan semestinya sedap. Saya bukan tak pernah buat kek marble sebelum ni. Pernah, tapi kalau tengok rupanya, emmm sedih! Tak cantik, tak menarik tapi....sedap! Kali ni saya sahut cabaran cookpad, cekalkan hati buat jugak walaupun lebih mudah buat roti atau masak lauk pauk. Akhirnya hantar last minit. Boleh intai resipi dibawah, abaikan rupa ya, tapi rasa, memang sedap! (alamak terpuji la pulak). Selamat mencuba! Nanti deko cantik-cantik ya. Cempaka Putih -
Kek Marble Minyak Jelita Kek Marble Minyak Jelita
Nak buat kek jelita ni memang kena bercinta dulu dengan oven. Kena pandai main suhu dan masa, kalau tak hilanglah kejelitaannya.Kalau perasan, kek saya pecah bila saya terbalikkan diatas redai sebab permukaan tu tak betul-betul kering 😁. Jadi lepas ni kena mungkin kena tambahkan masa lagi sikit.Apapun kek ni rasanya lembut dan sedap. Sesuai dijadikan hidangan untuk minum petang. Norashikin Rahmat -
Marble Sexy Marble Sexy
#kekmarble#goldenapron2020Sexy ke? 🤪In shaa Allah sexy dimata org yg membuat nya..hahaKek ni lembut dan sedapTak sama dengan kek marble klasik yang lain.. boleh try 👍Kalau agak manis kurangkan gram gula 20-30gram.Jangan banyak sgt sbb boleh menjejaskan tekstur kek itu.Saya gunakan gula yg dikisar sbb tiada gula castor. Tapi telah dikurangkan gramnya.Family mmg suka kek berasaskan butter tambah2 anak yang sulung. 😊So simple dan moist.Cer try 😍 Sarah Amani -
Kek Marble Kek Marble
#kekmarble #goldenapron2020Memang dah lama tidak membuat kek marble. Untuk menyahut cabaran minsha di cookpad, akak cuba sedaya upaya membuat kek marble.Alhamdulillah tidak mengecewakan sampai saudara mara yang datang menziarahi akak tidak percaya akak yang membuat kek marble. Umi Minarni -
Kek Marble Klasik #KekRaya #Minggu5 #MaratonRaya Kek Marble Klasik #KekRaya #Minggu5 #MaratonRaya
Assalamualaikum ❤️Siapa tidak kenal Kek Marble kan? Keknya lembut dan gebu. Enak dimakan begitu saja. Ia merupakan sejenis kek klasik yang amat mudah disediakan. Malah rupanya juga cantik. Amat sesuai dihidangkan buat tetamu yang datang berkunjung raya.Kek Marble kini divariasikan kepada pelbagai rasa dan perisa. Semakin ramai yang kreatif mencipta aneka kek Marble yang berwarna warni. Tetapi bagi CN, kek Marble Klasik tiada tolok bandingnya. Kombinasi serbuk koko gred A dan berkualiti serta rasa vanila asli menjadikan kek ini berada di kelas tersendiri.Resipi kek Marble ini CN ambil dari webbbcgoodfood.com. Antara resipi kek tersedap dan pilihan ramai.Selamat mencuba ❤️Nota:1. Kek ini tahan selama tiga hari jika disimpan di dalam bekas kedap udara. Jika dibekukan, boleh tahan sehingga 3 bulan.2. Jika rasa kek terlalu manis, boleh kurangkan sukatannya. Atau gantikan dengan gula perang.#KekRaya #Minggu5 #PeraduanResipi #MaratonRaya #CookpadMalaysia #CookpadMY #KekMarble #MarbleCake#CNdidapur Secubit Rasa Cik Nani🌷
Lebih Banyak Resipi
Komen