Kek Marble Minyak Jelita

Norashikin Rahmat
Norashikin Rahmat @dapurummi_2010
Jitra

Nak buat kek jelita ni memang kena bercinta dulu dengan oven. Kena pandai main suhu dan masa, kalau tak hilanglah kejelitaannya.

Kalau perasan, kek saya pecah bila saya terbalikkan diatas redai sebab permukaan tu tak betul-betul kering 😁. Jadi lepas ni kena mungkin kena tambahkan masa lagi sikit.

Apapun kek ni rasanya lembut dan sedap. Sesuai dijadikan hidangan untuk minum petang.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 5biji telur (gred A)
  2. 2 cawantepung gandum - ayak
  3. 1/2 cawangula kastor
  4. 1 cawansusu pekat
  5. 1 cawanminyak masak
  6. 1 sudu tehbaking powder - ayak
  7. 1 sudu tehesen vanila
  8. 1sudu besar ovalette
  9. 2@ 3 jenis pewarna

Cara Memasak

  1. 1

    Mix kan telur, gula kastor dan ovalette selama 12 minit. Masukkan esen vanila dan susu. Mix lagi sampai gebu. Masukkan minyak minyak mix sekejap sahaja.

  2. 2

    Tutup mixer dan masukkan tepung dan baking soda yang telah diayak. Kaup balik sahaja dengan spatulla.

  3. 3

    Bahagikan adunan kepada warna kesukaan anda. Panaskan oven dahulu selama 8-10 minit. Griskan loyang dengan minyak atau margerin. Selang selikan adunan tadi hingga habis.

  4. 4

    Untuk efek jelita : Lapiskan kan bahagian atas dengan adunan plain. Lukis corak yang dikehendaki

  5. 5

    Panaskan oven dahulu selama 8-10 minit. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 160°C api atas dan bawah atau mengikut oven masing² hingga masak. (saya guna suhu 140c dan bakar selama 1 jam - suhu rendah sebab tak nak burn bahagian atas kek)

  6. 6

    Setelah kek masak keluarkan dari oven dan terbalikkan diatas redai.

  7. 7

    Pastikan kek betul-betul sejuk sebelum dipotong.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Norashikin Rahmat
Norashikin Rahmat @dapurummi_2010
pada
Jitra
It's all about food 🍲 🍝🍜I ❤️ cooking
Baca lagi

Komen (13)

mama deaz
mama deaz @mamadeaz0
Tkde ovellet tkpe ke..ke tk naik Kek?

Resipi Sepertinya